Ibadah

8 Persoalan Mengenai Sujud Sahwi Untuk Diteliti

Oleh Fizah Lee  •  6 Nov 2020  •  3 min baca

Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan apabila berlaku kecacatan di dalam solat sama ada yang disengajakan atau terlupa.

Sebagai contoh, terlupa membaca doa Qunut semasa solat Subuh, maka sunat ke atas insan tersebut untuk melakukan sujud sahwi.

Sujud sahwi ini ada diceritakan dalam sebuah dalil sahih yang berlaku ke atas Zul Yadain (sahabat) yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

Maksud: “Baginda SAW mengimamkan solat Zohor atau Asar bersama kami. Kemudian, Baginda memberi salam. Maka, Zul Yadain berkata kepada nabi: “Solat wahai Rasulullah, adakah kau telah mengurangkannya?” Maka, Rasulullah menjawab: “Benarkah apa yang dikatakannya?” Maka, para sahabat pun berkata: “Ya.” Lalu, Baginda SAW melakukan dua solat yang berbaki, kemudian sujud sebanyak dua kali.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1169)

Jadi, entri kali ini akan memperlihatkan mengenai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian tentang sujud sahwi.

#1 – Sebab Dilakukan Sujud Sahwi

Sujud sahwi dilakukan jika seseorang itu meninggalkan salah satu dari sunat ab’adh di dalam solat.

Antara sunat ab’adh ialah membaca tasyahud awal (tahiyyat awal), selawat ke atas Nabi SAW selepas tasyahud yang pertama, doa qunut dan selawat ke atas ahli keluarga Rasulullah selepas tasyahud akhir.

Ada sebuah dalil daripada Mughirah bin Syu’bah yang menyebut bahawa Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Apabila salah seorang dari kamu bangun daripada dua rakaat dan masih belum berdiri sempurna, maka hendaklah dia duduk. Dan apabila telah berdiri dalam keadaan sempurna, janganlah dia duduk serta sujud sebanyak dua kali sujud.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 1208)

#2 – Hukumnya

Hukum asal sujud sahwi adalah sunat. Maka, jika terlupa untuk melakukan sujud sahwi juga adalah tidak mengapa dan dimaafkan. Namun, perlu diingatkan bahawa lebih baik melakukannya kerana ia adalah cara untuk menampung kekurangan dalam solat.

#3 – Bila Perlu Melakukan Sujud Sahwi

Ia perlu dilakukan pada akhir solat sebelum memberi salam (selepas tahiyyat akhir).

‘Abdullah bin Buhainah menyebut – “Setelah Baginda SAW menyempurnakan solatnya, Baginda sujud dua kali. Ketika itu, Baginda bertakbir pada setiap sujud dalam posisi duduk. Baginda melakukannya sebelum memberi salam.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1224)

#4 – Disertai Dengan Takbir

Perlu mengungkapkan takbir sebelum sujud. Sama seperti ketika sujud pada bahagian solat yang lain.

#5 – Tatacara Sujud Sahwi

a – Takbir untuk sujud pertama (selepas tahiyyat akhir)

b – Sujud dengan membaca doa sujud sahwi

c – Takbir untuk bangkit dari sujud pertama

d – Duduk iftirasy (duduk antara dua sujud). Kemudian takbir untuk sujud kedua

e – Sujud kedua dengan membaca doa sujud sahwi

f – Takbir untuk bangkit dari sujud kedua. Kemudia, duduk dalam keadaan seperti tahiyat akhir (atau digelar duduk tawaruk).

g – Memberi salam

#6 – Doa Yang Dibaca Ketika Sujud

Sebahagian ulama menganjurkan membaca doa khusus ketika sujud sahwi, iaitu:

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو

Maksud: “Maha Suci Zat yang tidak mungkin tidur dan lupa.” (Disebut oleh Imam Nawawi dalam Raudhatul Thalibin, 1/116, Mawqi’ Al-Waroq)

Namun, ulama berbahas bahawa tiada dalil sahih yang menyebut mengenai bacaan ini yang pernah dilakukan oleh Baginda SAW. Ia adalah anjuran daripada ulama.

Dan ada sebahagian ulama yang menyebut bahawa boleh sahaja membaca bacaan yang sama seperti sujud atau zikir (tasbih) kepadaNya.

#7 – Bagaimana Jika Terlupa

Jika terlupa melakukan sujud sahwi, ia adalah dimaafkan kerana asal perbuatan ini adalah sunat. Jadi, tidak perlu mengulangi solat itu.

#8 – Adakah Boleh Dilakukan Dalam Solat Sunat

Imam Syaukani menyebut bahawa, ia boleh dilakukan sama ada dalam solat sunat dan solat wajib.

Hal ini kerana, perbuatan sujud sahwi sendiri adalah untuk menampung kekurangan solat.

Ia juga berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh ‘Abdurrahman bin ‘Auf – “Jika salah seorang di antara kalian ragu-ragu di dalam solatnya.” (Musnad Ahmad, 3/123)

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami