Primeworks Studios dengan kerjasama Blindspot Studios telah melancarkan koleksi buku pertama di pasaran Malaysia hasil dari siri animasi Alif & Sofia, iaitu ‘Siri Sayangi Rasul’.
Kerjasama yang melibatkan penerbit bersama siri animasi Alif & Sofia dan syarikat penerbitan Armoni Gold Mind melancarkan koleksi buku pertama Alif & Sofia bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini.
Koleksi siri buku bergambar ini diterbitkan bagi memudahkan ibu bapa bercerita mengenai kisah-kisah rasul dalam bentuk yang menarik kepada anak-anak mereka.
Untuk pelancaran pertama, siri ini telah memperkenalkan empat kisah yang membawakan kisah Nabi Sulaiman (Dengan Ratu Balqis), Nabi Nuh (Kapal Yang Besar), Nabi Yunus (Ditelan Ikan Nun) dan Nabi Muhammad SAW (Lahir Pada Tahun Gajah).
Ia diperkenalkan dalam dua versi, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bermula pada harga RM5.90 senaskah dan RM23.60 setiap set.
Buat masa ini, ia boleh didapati di platform e-dagang Shopee dan bakal dijual di kedai-kedai buku berhampiran tidak lama lagi.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.