Sudah dinasihati berkali-kali, namun anak anda masih melakukan kesalahan yang sama sehingga kadang-kadang sudah mati akal tentang apa lagi cara yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa kenakalan anak-anak mereka sudah berada pada tahap yang tidak dpaat dibendung lagi.
Sebelum wujud perasaan tersebut dalam minda kalian sebagai ibu bapa yang mengalami masalah ini, anda perlu ingat bahawa setiap masalah yang terjadi pasti ada ubatnya.
Begitu juga dengan masalah kenakalan anak-anak. Kenakalan mereka boleh dibendung jika kena pada caranya.
Namun, sebelum anda mencari rawatan yang sesuai terhadap perkara yang terjadi ini, apa kata anda periksa terlebih dahulu mengapa ia terjadi.
Ada kalanya kita terlalu fokus kepada perubahan sedangkan kita tidak melihat sebab di sebalik masalah yang melanda sedangkan itu juga merupakan salah satu kunci untuk membawa kepada rawatan yang sesuai.
Bagaimana layanan anda kepada cahaya mata anda? Adakah terlalu dimanjakan dengan setiap perkara dan permintaan yang mereka inginkan? Hati-hati jika ia terjadi kerana terlalu dimanjakan boleh membuatkan mereka tidak reti untuk berdikari sehingga terlalu menginginkan perhatian daripada orang tuanya sendiri.
Bimbang jika perhatian yang diingi akan membuatkan mereka tersilap langkah sehingga menjadi nakal.
Dr Hansa Bhargava yang merupakan seorang pakar kanak-kanak dari Amerika Syarikat menjelaskan;
“Anak kecil boleh membezakan antara amaran kosong dan amaran denda yang benar-benar akan berlaku.”
Jadi, jika kita benar-benar menyayangi mereka dan ingin mereka terkesan dengan teguran yang diberikan, tegurlah mereka dengan berhati-hai tetapi dalam masa yang sama tegas agar mereka tahu bahawa ia adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian.
Periksa semula aktiviti harian yang dilakukan mereka. Adakah anda meenerapkan sifat untuk mereka melakukan sesuatu dengan sendiri atau mengharapkan orang lain untuk menyelesaikannya?
Contohnya, selepas makan, adakah mereka akan membasuh pinggan dan gelas sendiri atau tidak? Hal ini termasuk dengan rutin harian lain yang mudah dilakukan.
Beranggapan anak-anak kecil sifatnya nakal itu adalah biasa. Namun, jangan dibiasakan perkara tersebut sehingga ia boleh tumbuh membesar dalam diri mereka.
Jangan biasakan amalan itu sehingga anak-anak selesa dengan perbuatan tersebut sebaliknya perlahan-lahan tegur mereka agar ia tidak berulang lagi.
Pengaruh kawan juga pelbagai. Kawan datang dari latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Masing-masing bertukar perangai apabila bergaul dan ia akan menjadi buruk jika mereka berada dalam usia yang masih lagi terkapai-kapai untuk membezakan antara yang baik dan buruk.
Ada sebuah riwayat dari Abu Musa RA, Rasulullah SAW bersabda;
Maksud: “Seorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang buruk bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Pemilik minyak wangi tidak akan merugikanmu. Engkau boleh membeli (minyak wangi) darinya atau paling kurang pun, engkau boleh mendapat baunya. Adapun, jika berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak membeli besinya, pakaianmu juga boleh hangus terbakar atau paling kurang pun engkau akan mendapat baunya yang tidak wangi.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2101)
Banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan dalam mendidik dan menjaga anak-anak. Anda tidak boleh tersilap langkah kerana gaya hidup mereka bergantung kepada corak yang anda hiaskan padanya.
Jadi, jika ada tanda-tanda yang disebutkan di atas, perlahan-lahan perbaiki ia agar peribadi anak-anak anda juga boleh berubah.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.