Eksklusif, Inspirasi

#32 – 6 Pemikiran Yang Perlu Dibuang Untuk Berjaya

Oleh Fizah Lee  •  25 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Kita sudah melepas 30 hari untuk melangkah ke tahun baru. Bagaimana dengan nafas anda sepanjang mengikuti pelan dari kami? Perlahan-lahan ke arah nafas baru atau masih dihujani dengan beban persoalan negatif dalam minda anda?

Untuk menjadi manusia yang baru dengan nafas dan gaya hidup yang diredai Allah itu bukanlah mudah. Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil.

Kita melihat hari demi hari kisah-kisah penghijrahan yang tular baik dari kalangan sekeliling kita mahupun di luar sana.

Contohnya, baru-baru ini, tokoh wanita yang dikagumi ramai, iaitu Noor Neelofa telah mengumumkan untuk mengenakan niqab sebagai imej terbaru beliau sekali gus ingin melangkah ke arah penghijrahan yang besar menuju tuhan.

Hari ini juga, kita ditularkan dengan berita persaraan Khabib, seorang bintang tinju yang memilih untuk berbakti kepada ibunya serta untuk lebih dekat dengan Allah.

Semua ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kita untuk terus melangkah dengan menjadi orang baru kerana setiap hari merupakan peluang baru untuk kita.

Namun, ada dalam kalangan kita mungkin tersekat dalam pemikiran sendiri. Dihujani dengan persoalan-persoalan negatif membuatkan kita takut untuk melangkah.

Ini antara persoalan negatif yang perlu dihindari da cuba gantikan ia dengan tembakan kata-kata positif seperti;

#1 – Aku tak yakin boleh lakukannya – “Jika orang sekeliling boleh percaya dengan aku, mengapa aku tidak boleh yakin dengan diri sendiri?”

#2 – Esok sajalah aku mulakan – “Mengapa perlu bertangguh jika ia boleh diselesaikan hari ini.”

#3 – Aku dah gagal – “Selagi aku belum berputus asa, aku masih belum gagal. Hanya satu pintu yang tertutup, masih ada banyak pintu lagi yang boleh dipilih.”

#4 – Tiada orang yang menyokong aku – “Wahai diri sendiri, terima kasih selalu ada bersama. Jom teruskan melangkah walau semua orang meninggalkan kita.”

#5 – Aku dah tak ada motivasi untuk berjaya – “Kalau aku berhenti hari ini, suatu hari nanti aku akan menyesal kerana banyak peluang yang ada tapi aku sia-siakan hanya kerana negativiti ini.”

#6 – Kenapa perkara mudah begini pun tak dapat aku lakukan – “Tak apa. Aku dah buat yang terbaik. Aku perlu perbaiki lagi untuk jadi lebih baik.”

Jangan beratkan fikiran anda dengan perasaan-perasaan yang boleh membunuh diri anda secara senyap.

Setiap orang mempunyai keunikan dan kebolehannya sendiri. Anda hanya perlu yakin dan beri kepercayaan kepada diri sendiri untuk terus melangkah.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami