Eksklusif, Tokoh

#24 – Ibnu Tufail, Tokoh Yang Berdakwah Melalui Penulisan

Oleh Fizah Lee  •  16 Oct 2020  •  3 min baca

Pelan Efisien 2021

Ibnu Tufail atau nama sebenarnya Abu Bakar ibnu Abd Al-Malik ibn Muhammad ibn Thufai merupakan seorang tokoh cendekiawan yang masyhur.

Beliau dikenali sebagai seorang penulis, ahli agama dan juga doktor oleh seantero dunia. Ilmu pengetahuannya bukan sahaja merangkumi bidang falsafah dan sastera bahkan meliputi ilmu matematik, astronomi dan perubatan.

Beliau telah dilahirkan di Asya, Granada pada 1106 Masihi. Namanya begitu gah disebut sekitar abad ke-12 Masihi sehingga beliau telah digelar dengan gelaran Abubacer oleh dunia Barat.

Beliau bukan sahaja berpengaruh dalam bidang penulisan, bahkan dicatatkan bahawa beliau juga mempuyai pengaruh besar dalam pemerintahan dan sehingga dilantik sebagai menteri yang dihormati.

Pada awal kariernya, beliau sangat aktif dalam bidang perubatan sehingga pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah Al-Muwahidin, Abu Yaakun Yusuf Al-Mashur yang merupakan khalifah Maghribi kedua daripada Dinasti Muwahhidun.

Walaupun beliau disibukkan dengan kariernya, namun beliau tidak pernah mensia-siakan bakatnya dalam bidang penulisan.

Karyanya banyak dikembangkan melalui syair, penulisan novel dan juga beberapa bidang ilmiah yang lain seperti astronomi, falsafah dan medikal.

Antara karya yang paling terkenal dan dijadikan rujukan dalam oleh sasterawan sehingga ke hari ini ialah Risalah Hayy Ibnu Yaqzan fi Asrar al-Hikmah Masyriqiyah.

Kitab ini mempersembahkan pemikirannya dalam bidang falsafah yang banyak dipengaruhi oleh falsafah Plato.

Gaya penulisannya dalam kitab tersebut juga turut menukilkan pengamatan beliau mengenai ilmu metafizik, fizik dan alam semesta.

Apa yang boleh dilihat melalui Ibnu Tufail?

#1 – Memasukkan unsur Islam melalui karyanya – Setiap karya beliau akan dimasukkan unsur ketuhanan agar pembaca boleh mengenal penciptanya dengan lebih dekat.

Contohnya, melalui karya masyhur beliau, iaitu Risalah Hayy, banyak diceritakan pengamatannya terhadap alam semesta yang ditadbir tuhan serta bagaimana watak yang dibawa itu boleh lebih dekat dengan tuhan.

#2 – Mengamalkan ilmu yang ada – Ilmu yang beliau peroleh akan diamal dan digunakan sebaik mungkin.

Buktinya, beliau telah menjawat jawatan sebagai doktor peribadi kepada khalifah Maghribi kedua dan pernah menjadi menteri serta hakim.

Semasa beliau diberi kepercayaan untuk memegang amanah tersebut, beliau akan menerapkan ilmunya dengan sebaik mungkin dalam setiap perkara yang dilakukan.

#3 – Meluangkan masa untuk penulisan – Walaupun beliau sibuk dengan kariernya sebagai doktor, namun beliau masih lagi sempat mencari ruang dan masa untuk menulis.

Baginya, penulisan adalah jiwa dan salah satu medan untuk menyebarkan ilmu. Jadi, beliau tidak akan melepaskan peluang dalam bidang itu.

Beliau telah meninggal dunia di Maghribi pada 1185 Masihi. Namun, karya-karya beliau masih hidup sehingga kini yang telah menginspirasikan ramai orang.

Jadi, jika anda diberi peluang untuk menerapkan ilmu yang anda ada dalam bidang penulisan, karya bagaimana yang akan anda hasilkan?

Sumber:
Pemikiran Falsafah Ibnu Thufail

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami