Pelan Efisien 100 Hari
Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan akan berlangsung sehingga 27 Oktober 2020.
Jika anda mengikuti semua pelan efisien sebelum ini, pasti semangat anda sedikit sebanyak sudah membara untuk menjadi manusia yang baru sama ada dalam bentuk ibadah, gaya hidup mahupun dari segenap aspek kehidupan anda.
Tetapi, disebabkan PKPB yang mula dikuatkuasakan, ia sedikit sebanyak membataskan aktiviti kita semua termasuklah aktiviti keagamaan di masjid dan surau. Namun itu sebenarnya bukanlah sebuah halangan yang besar.
Pendek kata, jika plan A tidak berjaya, kita masih punya plan B atau C. Kan huruf alfabet ada sehingga Z. Jadi, pasti back-up plan kita pun ada pelbagai.
Buat anda yang sudah meniatkan untuk melakukan ibadah di masjid secara berjemaah tetapi tidak boleh melaksanakannya kerana hanya enam orang jemaah sahaja yang dibenarkan, ini ialah tips untuk kekal bersemangat dalam beribadah walaupun hanya di rumah;
#1 – Pasang laungan azan untuk mengingatkan anda tentang solat – Ada orang yang sudah memuat turun aplikasi waktu solat, jadi hal itu tiada masalah kerana setiap kali tibanya waktu solat, pasti akan ada laungan azan dari gajet anda.
Namun, buat anda yang tiada, apa kata pasang ia dengan jam penggera pada gajet anda. Jadi, setiap kali tibanya waktu solat, anda boleh bersegera menunaikannya walaupun tidak mendengar azan dari masjid.
Perkara ini boleh membantu anda untuk kekal bersemangat menunaikan solat terutamanya jika anda yang sudah mula bekerja dari rumah, pasti sedikit sukar untuk bersegera kerana tiada ajakan daripada sekeliling.
#2 – Jika ada housemate, ajak mereka solat bersama – Apa kata, ajak bersama ahli rumah anda untuk menunaikan solat berjemaah.
Jika anda berada di rumah ahli keluarga, lagi mudah untuk mengajak mereka. Ia bukan sahaja boleh menguatkan rohani anda, namun dalam masa yang sama boleh menjaga hubungan silaturahim.
#3 – Sebelum atau selepas azan, dengar zikir atau ceramah ringkas – Biasanya, jika di masjid pasti akan ada bacaan Al-Quran sebelum azan atau zikir ringkas selepas menunaikan solat.
Jadi, apa kata anda pasang zikir-zikir itu sendiri melalui gajet anda. Ataupun, paling mudah sebenarnya jika anda sendiri yang boleh melakukannya.
Sekarang, jadikan tips-tips ini sebagai salah satu perkara yang boleh memberikan motivasi kepada anda untuk kekalkan momentum ibadah anda.
Kita sudah bermula selama 21 hari untuk berusaha menjadi manusia yang baru, jadi jangan rosakkan ia dengan halangan yang sedikit ini.
#Menuju2021
#PE1H
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.