Eksklusif, Keluarga

#18 – Raikan Hujung Minggu Bersama Keluarga Dengan Aktiviti Mudah Di Rumah

Oleh Fizah Lee  •  11 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Apa yang selalu anda lakukan apabila tibanya hujung minggu? Keluar bersama rakan atau menghabiskan masa menatal gajet?

Walau apa pun aktiviti yang anda lakukan, apa kata untuk kali ini anda berikan ruang dan masa buat yang tersayang.

Bukan mudah untuk memulakannya namun jika tidak mengambil langkah, bila lagi ia akan berlaku?

Walaupun ada yang tinggal berjauhan dengan keluarga, namun ia tidak menghalang kita semua untuk kekal bersua.

Dan walaupun kita berada di era COVID yang belum sembuh, ia bukan alat untuk memutuskan kita kerana sebenarnya lagi mudah untuk meluangkan masa bersama walau hanya di rumah.

Jadi, pelan kali ini akan berkongsi beberapa aktiviti kepada anda yang mudah dilakukan dengan hanya duduk di rumah.

#1 – Memasak dan makan bersama – Sama ada anda pasangan yang baru berkahwin atau sudah mempunyai anak-anak, aktiviti ini adalah yang paling mudah dilakukan pada setiap masa.

Sambil-sambil memasak, boleh bertanya ahli keluarga anda mengenai perkembangan semasa mereka dan bertukar-tukar cerita.

#2 – Menonton televisyen – Aktiviti santai ini boleh dilakukan bersama sambil minum petang ditambah dengan gelak tawa ahli keluarga.

#3 – Mengemas rumah – Bahagikan tugas kepada anak-anak anda untuk mengemas bahagian rumah.

Sambil bergelak tawa, rumah pun boleh menjadi kemas dan bersih.

#4 – Cipta permainan bersama – Sama ada permainan itu boleh didapati dalam bentuk teknologi atau fizikal, ia adalah yang paling santai dan mudah dilakukan bersama seisi keluarga sekali gus boleh mengeratkan hubungan yang jauh.

#5 – Menunaikan solat jemaah bersama – Peruntukan waktu solat untuk sama-sama berjemaah sama ada Maghrib dan Isyak atau Subuh, bergantung kepada kesesuaian waktu ahli keluarga.

Di samping boleh menjaga hubungan ahli keluarga, anda juga boleh meningkatkan kerohanian kepadaNya.

Jadi, bagaimana cara anda menghabiskan hujung minggu bersama keluarga?

#Menuju2021


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami