Eksklusif, Inspirasi

#14 – Tips Untuk Tingkatkan Keyakinan Diri

Oleh Fizah Lee  •  6 Oct 2020  •  4 min baca

Keyakinan diri boleh dilihat sebagai sebuah perkara yang rumit. Bahkan, dalam kehidupan sesetengah orang, sukarnya untuk meletakkan keyakinan dan kepercayaan dalam diri kerana terlalu memikirkan apa yang orang sekeliling katakan.

Padahal perkara itu adalah tidak tepat. Mengapa kita sibuk untuk memikirkan pandangan orang sekeliling yang tidak berasas sedangkan kita yang akan menjalani hidup kita sendiri.

Tidak salah sebenarnya untuk meminta komen atau pandangan daripada orang sekeliling tetapi biarlah ia dilakukan dengan tujuan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan bukannya untuk merendahkan lagi pemikiran terhadap diri sendiri.

Bagi pandangan kebanyakan orang, memang diakui agar sukar untuk sentiasa yakin dengan diri sendiri kerana pasti ada sahaja perkara negatif yang akan menyinggah dalam diri kita.

Namun, itu tidak menjadikannya mustahil kerana yang paling penting adalah dari dalam diri kita sendiri.

Jadi, untuk PE1H kali ini, Tzkrh akan berkongsi kepada anda mengenai tip yang boleh dilakukan untuk membantu mempertingkatkan keyakinan dari dalam diri sendiri.

#1 – Latih minda untuk jadi lebih positif – Minda adalah kunci utama kepada dalaman anda. Jika minda anda sentiasa berfikir yang baik-baik, maka yang baik-baik juga akan datang.

#2 – Buang perasaan negatif jauh-jauh – Perasaan risau, gementar dan tidak yakin itu adalah alat untuk menjatuhkan diri sendiri sahaja.

Jadi, buang ia jauh-jauh dan jangan dilayan. Bimbang, semakin anda melayannya, satu kerja pun tak dapat diselesaikan dengan baik.

#3 – Jadi diri sendiri – Hidup ini dijalani oleh anda. Jadi, jalanilah ia dengan versi terbaik dari diri anda sendiri. Jangan cuba menjadi atau mengikut orang lain sedangkan anda tidak mampu.

Keluarkan versi terbaik yang ada dalam diri anda. Jika ingin berubah, cuba untuk berubah ke arah kebaikan dan bukannya berubah dengan meniru versi orang lain.

#4 – Amalkan gaya hidup sihat – Gaya hidup adalah perkara yang paling penting kerana ia boleh menentukan kesihatan mental dan emosi anda.

Makan makanan yang berkhasiat dan ikut waktunya, cuba amalkan riadah bagi mengeluarkan peluh dalam badan dan amalkan minum air masak.

#5 – Perbanyakkan bahan bacaan – Semakin banyak ilmu yang kita peroleh, maka semakin banyak pengetahuan yang boleh kita kongsi.

Perkara ini sedikit sebanyak boleh membantu kemahiran komunikasi anda apabila ilmu-ilmu tersebut boleh dijadikan modal untuk memulakan perbualan.

#6 – Lihat orang yang di bawah anda – Setiap kali timbul perasaan tidak yakin, negatif atau mempersoalkan mengapa diri anda yang perlu mengalami semua itu, lihat orang yang lagi susah dari anda.

Mereka ditimpa kesusahan yang lagi hebat dari anda tetapi mereka tetap yakin untuk meneruskan kehidupan.

#7 – Baca kisah-kisah inspirasi – Kisah-kisah dari tokoh inspirasi ada banyak sama ada tokoh-tokoh Islam mahupun bukan.

Kita boleh lihat perjalanan mereka untuk menempuh kejayaan sangat sukar dan dipenuhi dengan liku-liku yang banyak.

Jadi, dengan menelusuri kembali kisah mereka, pastinya ia boleh memberi kesan positif dan semangat baru kepada diri anda untuk teruskan perjuangan dengan lebih yakin.

#8 – Sentiasa ingat visi misi anda – Matlamat kehidupan adalah perkara yang sentiasa perlu diselitkan di minda anda.

Mengapa anda memilih untuk bermula dan mengapa anda memilih untuk melakukan perkara itu. Jika anda yakin untuk memulakan sesuatu perkara, anda juga perlu yakin untuk meneruskan langkah untuk sampai ke destinasi.

#9 – Elakkan perkara yang negatif – Jika ada perkara yang negatif di sekeliling anda, elakkan atau buang ia jauh-jauh.

Contohnya, setiap kali anda menceritakan matlamat kehidupan anda kepada kawan anda dan ia dibalas dengan kata-kata negatif, elakkan bercakap dengannya mengenai perkara tersebut.

Bimbang jika ia boleh mempengaruhi anda suatu hari nanti.

#10 – Katakan “Aku Boleh!” – Setiap pagi, berdiri di hadapan cermin dan katalah pada diri sendiri; “Aku Boleh.”

Jika bukan anda yang memberi semangat kepada diri anda, siapa lagi?

Kesimpulan

Setiap insan mempunyai kehebatan dan keunikannya masing-masing dan anda hebat dengan cara yang tersendiri.

Jadi, tidak perlu merendah diri atau takut dengan diri sendiri kerana ia boleh meruntuhkan kepercayaan kepada diri anda.

Sebaliknya, teruskan melangkah dengan penuh yakin.

Wallahu a’alam.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami