Eksklusif, Keluarga

#7- Bina Keluarga Lebih Harmoni Dengan 11 Amalan Ini

Oleh Natirah Azira  •  29 Sep 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Assalamualaikum pengunjung Tzkrh sekalian! Apa khabar? Diharapkan anda, ahli keluarga dan orang yang anda sayangi berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sudah seminggu kami di Tzkrh berkongsi konten-konten baru dengan anda semua di bawah segmen #Menuju2021 dengan membawakan Pelan Efisien 100 Hari. Ini bermakna tinggal lagi 94 hari kita menuju tahun 2021.

Dalam menetapkan azam, ia tidak semestinya tentang diri sendiri sahaja. Ia mesti diseimbangkan dengan aspek-aspek yang lain dalam kehidupan, dan kali ini kami ingin berkongsi tentang azam dalam hal-hal kekeluargaan. Bukankah baginda SAW juga sering menggalakkan kita untuk berhubungan baik dengan ahli keluarga?

Untuk mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia, ada sejumlah amalan yang boleh diamalkan oleh anda sama ada telah mempunyai keluarga sendiri atau masih tinggal dengan ibu bapa.

#1- Mewujudkan komunikasi yang sihat.

#2- Biasakan gurauan sederhana yang boleh menceriakan keadaan.

#3- Jangan bergaduh di depan anak-anak.

#4- Luangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama-sama.

#5- Suburkan sikap bantu-membantu serta saling berkongsi.

#6- Bermain bersama.

#7- Berkongsi cerita tentang apa yang dilalui sehari-hari.

#8- Lakukan ibadah bersama-sama seperti mengaji dan solat berjemaah.

#9- Utamakan keluarga sebelum rakan-rakan.

#10- Memberikan pujian yang sesuai dengan apa yang dilakukan.

#11- Jadi lebih fleksibel dengan rutin apabila diperlukan.

Keluarga yang harmoni tidak terwujud secara tiba-tiba, ia perlu bermula dengan usaha dan kerjasama setiap individu yang berada di dalam sesebuah rumah. Semoga dengan 11 tips ini, ia sedikit sebanyak mampu kita ke arah mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia.

#Menuju2021

#PelanEfisien100Hari


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami