Pernah dengar tentang Al-Ma’thurat? Ia adalah himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada amalan Rasulullah SAW dan kemudiannya diajarkan kepada para sahabat.
Perkataan Ma’thurat sendiri membawa maksud sesuatu yang diambil dari Al-Quran dan hadis.
Ma’thurat yang telah disusun oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini telah mengumpulkan pelbagai jenis doa daripada Al-Quran dan hadis.
Ia selalunya akan diamalkan pada setiap pagi dan petang sebagai perlindungan dan doa untuk diri sendiri.
Tetapi, mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sempat membaca Al-Ma’thurat setiap hari dek rutin harian yang padat.
Jadi, ada beberapa zikir dan doa ringkas yang boleh diamalkan pada waktu petang. Boleh sahaja dibaca ketika anda sedang menyiapkan kerja atau dalam perjalanan pulang dari kerja dan sebagainya.
Maksud: “Tiada yang berhak disembah melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhlukNya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah itu meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Maksud: “Ya Allah, Engkau adalah tuhanku. Tiada yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hambaMu. Aku akan sentiasa mentauhidkanMu semampuku dan aku yakin akan janjiMu. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang aku perbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”
Maksud: “Wahai tuhan Yang Maha Hidup, wahai tuhan yang Berdiri Sendiri, dengan rahmatMu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu)
Maksud: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.”
Ini adalah panduan dan zikir ringkas yang boleh diamalkan buat anda. Namun, jika punya kelapangan, peruntukkanlah masa untuk membaca Ma’thurat kerana banyak kelebihan yang boleh diperoleh.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.