Inspirasi

Tanda Allah Inginkan Kebaikan Buat Seseorang Sebelum Dia Meninggal Dunia

Oleh Natirah Azira  •  22 Sep 2020  •  2 min baca

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Namun, tidak ada siapa yang tahu bagaimana kematian akan mendatanginya satu hari nanti, apakah amalan terakhir yang akan dilakukan sebelum ajal menjemput.

Apabila ada berita kematian yang menjengah, ramai yang akan tertarik bertanya pelbagai soalan. Jika diketahui hari si mati meninggal dunia adalah hari Jumaat, ramai yang akan mengucap kata-kata pujian kerana ia tanda kematian yang baik. Jika ramai pula yang memuji kebaikan yang dilakukan si mati semasa hayatnya, maka itu juga dikira tanda kematian yang mulia.

Namun ketahuilah bahawa tanda kematian yang baik juga adalah Allah memberikan taufiq dan hidayah untuk beramal soleh sebelum meninggal dunia.

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.(Hadis riwayat al-Tirmidzi, no.2142)

Oleh kerana kita tidak tahu bila saat kematian yang akan mendatangi diri sendiri, maka seharusnya kita berusaha melakukan amal soleh setiap kali ada ruang dan peluang. Rasa mudah dan ringan untuk melakukan ibadah juga adalah tanda bahawa Allah inginkan kebaikan buat hamba-hambaNya.

Namun perlu diingat bahawa ia perlu seiring dengan azam dan keinginan dari dalam hati sendiri jua. Pasti Allah akan memudahkan jika kita benar-benar ada kemahuan dan keinginan.

Kematian adalah pengakhiran hidup di dunia dan permulaan bagi perjalanan ke alam akhirat. Jika baik perjalanan hidup dan amal di dunia, maka baik juga perjalanan di akhirat kelak, InsyaAllah.

Rujukan:

Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami