Ada sebuah kisah yang telah dikongsikan dalam entri lepas mengenai tiga orang pemuda yang bertawassul dengan amalan soleh yang dilakukan agar dapat mengeluarkan mereka daripada terperangkap di dalam gua.
Namun, apa yang dimaksudkan dengan tawassul? Jadi, kali ini kita akan melihat kepada maksudnya. Sebelum itu, kita perlu mengetahui bahawa terdapat tawassul yang dibenarkan dan juga yang dilarang.
Tawassul dari segi bahasa bermaksud mendekatkan diri. Ia merupakan amalan yang dijadikan sebagai perantara atau penyebab untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sebagai contoh, meminta doa daripada orang soleh yang masih hidup, berdoa dengan nama-nama Allah dan juga sifatNya mahupun dengan amalan soleh yang dilakukan.
Menurut jumhur, bentuk tawassul ini adalah dibenarkan oleh syara’ tanpa khilaf. Dalilnya adalah;
Manusia boleh berdoa dengan memulakan menyebut nama Allah atau memuji Allah dengan sifat-sifatNya. Ia dijadikan sebagai perantara untuk kita berdoa dan memohon sesuatu kepadaNya.
Mafhum: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah Al-A’raf, 7:180)
Dalam beberapa riwayat, Baginda SAW memerintahkan kepada para sahabat (secara umum) dengan menyuruh agar meminta Uswais beristighfar kepada mereka.
Maksud: “Dari Umar Al-Khattab, beliau berkata: “Sesungguhnya aku mendengar Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik tabi’in adalah seorang lelaki yang disebut Uwais. Dia memiliki ibu dan dia memiliki tanda putih. Maka, perintahkanlah dia agar beristighfar untuk kalian.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2542)
Maksudnya dekat sini, kita boleh meminta bantuan daripada orang soleh dalam kalangan kita (yang masih hidup) untuk berdoa kepada kita. Siapa tahu, mungkin berkat daripada mereka, apa yang dihajati itu makbul.
Manusia boleh menjadikan amalan soleh sebagai perantara di dalam doa. Semasa berdoa, boleh sahaja menyebut amalan-amalan soleh yang pernah dilakukan.
Kisah yang paling masyhur adalah mengenai tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua (yang telah dikupas dalam entri lepas).
Kisah ini memberi petunjuk kepada kita bahawa buatlah amal soleh seikhlas hati agar ia boleh dijadikan perantara kepada doa yang kita ingin pohon suatu hari nanti.
Namun, dalam kita bertawassul, kita juga perlu berhati-hati kerana wujudnya tawassul yang dilarang, iaitu;
Makhluk di sini adalah yang tidak berakal dan boleh jadi juga yang tidak bernyawa seperti berhala, memuja pokok mahupun kepada haiwan.
Ini adalah termasuk dalam salah satu bentuk syirik kepada Allah kerana bergantung kepada mereka.
Orang yang telah mati tidak boleh dipuja kerana mereka juga makhluk yang sama seperti anda.
Setiap manusia akan merasai kematian. Jadi, tidak boleh memuja orang yang sudah meninggal dunia walaupun orang tersebut sepanjang hidupnya merupakan orang soleh.
Jika orang soleh itu masih hidup, kita meminta bantuan mereka untuk berdoa kepada Allah sebagai salah satu ikhtiar agar Allah mengabulkan doa kita.
Namun, apabila mereka sudah meninggal, kita tidak boleh meminta kepada bantuan kepada mereka lagi apatah lagi dengan memuja kubur mereka kerana ia adalah salah satu bentuk yang salah.
Perkara ini juga pernah dipraktikkan oleh para sahabat. sebagai contoh Umar Al-Khattab sendiri pernah berkata:
Maksud: “Dulu, ketika nabi masih hidup, kami bertawassul kepadanya. Namun, apabila Baginda telah meninggal dunia, kami bertawassul kepada Abbas.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1010)
Tawassul ini adalah salah satu bentuk ikhtar yang diletakkan agar Allah menerima dan memakbulkan doa kita.
Tawassul itu boleh dilakukan oleh kita sendiri, iaitu dengan menyebut ama-nama Allah atau memuji sifatNya sebelum berdoa.
Dan ia juga boleh dilakukan dengan meminta bantuan orang lain seperti orang soleh agar keberkatan itu juga sampai kepada kita.
Tetapi perlu diingatkan bahawa tawassul itu hanya dalam tiga bentuk yang dinyatakan sahaja. Jika anda memohon bantuan dengan memuja makhluk lain, ia bukan lagi dianggap sebagai tawassul tetapi boleh menjatuhkan anda kepada syirik.
Wallahu a’alam
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.