Gaya Hidup

Rahsia Sedekah Yang Boleh Memberi Ketenangan

Oleh Fizah Lee  •  7 Sep 2020  •  2 min baca

Bila berbicara mengenai sedekah, kita memahami hakikat bahawa ganjaran yang disediakan Allah sangat luas, bukan sahaja untuk kepentingan dunia tetapi juga sebagai salah satu saham akhirat.

Mana taknya, ia merupakan salah satu pahala yang sentiasa mengalir walaupun sehingga anda telah meninggal dunia.

Hebat bukan? Walaupun anda hanya bersedekah sekali sahaja, namun selagi mana ia memberi manfaat kepada orang sekeliling terutamanya si penerima sedekah, maka ganjarannya akan sentiasa mengalir seolah-olah amalan itu masih baru.

Antara ganjaran lain yang Allah berikan bukan sahaja terletak pada pahala yang mengalir namun juga pada ketenangan jiwa.

Betulkah orang yang bersedekah ini Allah hadirkan ketenangan kepadanya? Ada sebuah firman Allah yang berbunyi:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Mafhum: “Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berduka cita.” (Surah Al-Baqarah, 2:274)

Menerusi ayat ini, kita dapat faham bahawa orang yang mendermakan hartanya ke jalan Allah sama ada ia dilakukan secara terang-terangan mahupun sembunyi, Allah akan memberikan ganjaran ketenangan di hatinya.

Tenang di sini maksudnya, seseorang itu tidak akan mudah berasa risau dengan apa yang bakal berlaku sebab di hatinya ada keyakinan bahawa Allah akan membantu urusannya.

Sebab apa? Sebab Allah telah menjanjikan kepada orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan membantu menggandakan rezekinya dan mempermudahkan urusan hidupnya.

Apabila kita memberi, kita yakin bahawa harta itu adalah saham akhirat kita. Walaupun di dunia ini ia bukan lagi milik kita, namun di akhirat kelak, ia adalah salah satu pahala yang akan membantu jalan kita ke syurgaNya.

Yang penting adalah ikhlas dengan pemberian tersebut. Biarlah apa yang kita beri itu sedikit, namun jika ikhlas dan tidak riak, insyaAllah ganjarannya amat besar di sisi Allah.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami