Kehidupan harmoni dan berbilang kaum di Malaysia adalah perkara yang boleh dibanggakan sebagai rakyat negara ini. Sungguhpun berlainan agama dan budaya, kita tidak ada masalah untuk saling berkawan malah tidak pelik jika dilihat ada juga perkahwinan silang bangsa dan budaya dilakukan.
Selain daripada kewajipan menghormati, mewujudkan hubungan baik dengan orang bukan Islam selagi mereka juga berakhlak baik dan tidak memusuhi umat Islam, antara penghormatan yang boleh diberikan juga adalah dengan menziarahi majlis pengebumian dan kuburan orang bukan Islam.
Ya, usah terkejut. Islam membenarkan amalan ini lebih-lebih lagi jika mereka adalah orang yang akrab dengan kita atau mempunyai pertalian darah contohnya datuk dan nenek yang tidak memeluk Islam.
Bahkan Rasulullah SAW sendiri pada zaman baginda, pernah menyuruh Saidina Ali bin Abi Talib agar pergi menguruskan jenazah Abu Talib apabila beliau meninggal dunia.
Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Pergilah dan kebumikannya” Aku berkata: “Sesungguhnya dia mati dalam keadaan musyrik.” Nabi berkata: “Pergilah dan kebumikannya” Setelahmana aku mengebumikannya, aku kembali kepada Baginda. Maka Baginda berkata kepadaku, “Mandilah.” (Riwayat al-Nasa’ie, no. 190; Ahmad, no. 759)
Dalam satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah memberikan jubahnya untuk dijadikan kain kafan bagi Abdullah bin Ubay bin Sahlul. Jika menguruskan jenazah bukan Islam dibolehkan, apatah lagi dalam perihal menziarahi kubur.
Tuntasnya, seorang Islam boleh mengadiri majlis pengebumian orang bukan Islam, serta boleh juga menziarahi perkuburan mereka. Itulah pernghormatan terakhir yang boleh diberikan atas keakraban dan tali perhubungan yang telah dibina semasa di dunia.
Rujukan:
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.