Ibadah

Perlukah Baca Lafaz Istia’zah Sebelum Al-Fatihah Dalam Solat

Oleh Natirah Azira  •  21 Aug 2020  •  2 min baca

Lafaz istiazah iaitu lafaz ‘A’udzubillahi minasyyhaithonirrojim’ adalah lafaz perlindungan yang sering disarankan untuk disebutkan setiap masa. Ia bermaksud “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Ada yang menyarankan agar ia juga dibaca sebelum memulakan bacaan Al-Fatihah di dalam solat. Para ulama mazhab mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang hal ini.

Contohnya Mazhab Maliki menganggap bacaan istiazah sebagai makruh kerana Nabi SAW dan para sahabat tidak membacanya. Manakala ulama Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa ia patut dibaca pada rakaat pertama sahaja.

Sedangkan ulama Mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan bahawa istiazah sunat dibaca secara perlahan-lahan pada setiap awal rakaat iaitu sebelum mula membaca yang lain.

Malah ada ulama daripada kalangan pembesar tabiin seperti Imam Al-Auzai’e dan Sufyan Al-Thauri yang menganggap ia adalah wajib kerana memegang hujah daripada Surah An-Nahl, ayat 98 yang bermaksud:


فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 

Maka apabila kamu ingin mulakan pembacaan al-Quran maka mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Imam Nawawi juga memegang pendapat yang sama seperti Imam Syafie bahawa bacaannya sunat sahaja tidak kira bagi orang yang membaca ayat-ayat Al-Quran di dalam solat atau di luar solat.

Justeru, terpulang kepada anda untuk membaca atau tidak kalimah istiazah tersebut. Ia bukan sebahagian daripada Al-Fatihah namun dinilai sebagai amalan sunat sahaja. Wallahua’lam.

Rujukan:

  1. Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami