Dalam kehidupan ini, pastinya kita akan mengharungi masa-masa sukar. Tidak semua hari kita dipayungi pelangi kerana kadang-kadang pasti wujud masalah yang melanda.
Ada masa-masanya, kita akan kesempitan wang. Jika ingin buat pinjaman di bank atau badan-badan tertentu, pasti memakan masa dan proses yang sukar.
Jadi, ada masanya kita akan berbalik kepada kawan atau orang sekeliling yang dirasakan boleh membantu. Mulalah episod berhutang bagi mengurangkan kesempitan yang dialami.
Tetapi, selepas berhutang, kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang sehinggakan orang yang memberi hutang itu pula dilihat sebagai pengemis yang meminta wangnya. Sehinggakan ada satu-satu masa insan itu sendiri sudah merasa malu kerana asyik meminta, padahal itu adalah haknya.
Perkara seperti ini perlu dielakkan kerana ia adalah perbuatan yang tidak beretika. Bimbang nanti apabila berulang kembali kesempitan dalam hidup anda, sudah tiada insan yang ingin membantu anda.
Antara common sense atau adab yang perlu ada dalam diri anda ialah;
Ingat, hutang merupakan jalan penyelesaian terakhir yang boleh diambil. Selagi mempunyai jalan lain, maka elakkanlah.
Namun, apabila terpaksa berhutang, maka pastikan nilainya adalah sekadar mencukupi untuk mengurangkan kesempitan hidup. Bukan berhutang secara melebih-lebih.
Dengan cara ini akan membantu anda untuk tidak leka dengan lebihan wang yang ada serta untuk mengurangkan nilai yang perlu dibayar.
Orang kata, ukur baju di badan sendiri. Pastikan perbelanjaan harian itu adalah setakat kemampuan sendiri. Atau jika ingin bercuti pun, pastikan ia adalah mengikut bajet sendiri.
Jangan berhutang untuk terlihat kaya atau mewah. Ia adalah sebuah penipuan yang perlu dielakkan. Bayangkan kita berfoya-foya berdasarkan wang dan hak orang lain.
Bagi mengelakkan daripada lupa mengenai perkara ini, sebaiknya catat nilai hutang tersebut. Manusia kan sifatnya mudahnya lupa. Dengan mencatat perkara itu, ia akan menjadikan minda kita sentiasa ingat dan meletakkan ia sebagai keutamaan untuk melunasinya.
Pastikan bayaran hutang merupakan keutamaan yang ingin dilunaskan. Sama ada ia dibayar secara terus atau ansuran, asalkan kita meletakkan usaha untuk membayarnya.
Allah sentiasa akan membantu jika kita bertekad untuk melangsaikan hutang tersebut.
Jika masih belum mempunyai wang untuk melangsaikan, jujur sahaja dengan orang yang telah memberi anda wang tersebut.
Jangan memberi harapan palsu dan janji manis yang tidak mampu dilaksanakan sehingga akhirnya memakan diri sendiri.
Jika dirasakan terlambat membayarnya, bincang elok-elok dengan insan tersebut bagi meminta tempoh yang baru agar tidaklah insan itu trtunggu-tunggu.
Hutang itu adalah hak yang perlu dibayar kepada tuannya. Jika anda mempunyai hutang dengan Allah, maka ia perlu dilangsaikan kepadaNya.
Namun, jika anda mempunyai hutang dengan manusia, maka kepada manusialah anda perlu membayarnya.
Jangan sehingga roh anda tergantung apabila telah meninggal dunia nanti akibat hutang yang tidak dilangsaikan.
Wallahu a’alam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.