Inspirasi

Apa Khabar, Kawan?

Oleh Natirah Azira  •  17 Aug 2020  •  2 min baca

Pernahkah anda rasakan bahawa hidup anda semakin jauh daripada orang di sekeliling? Notifikasi perbualan-perbualan dalam group whatsapp terbiar tanpa dibuka. Kadang kala anda mute kan sahaja. Yang difokuskan hanyalah kehidupan pada masa sekarang, kesibukan harian, komitmen baru dan beban fikiran.

Hidup orang lain, anda tidak ambil tahu.

Sedar-sedar sahaja, terpapar status rakan anda yang berkongsi bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Tahu-tahu saudara dekat anda yang sudah berkahwin awal telah pun bercerai.

Saat itu mungkin baru kita terfikir, ke mana telah kita pergi selama ini saat dia sedang bergelut sendirian dan memerlukan kehadiran teman.

Silapnya, mungkin kita terlalu mengejar apa yang dihadapan mata lalu tidak mempedulikan apa yang ada di sekeliling.

Tidak dinafikan kehidupan dewasa akan mengasak kita dengan berbagai hal. Perhatian kita juga teralih dan terpecah kepada ribuan perkara. Namun bukankah untuk berhubung sekarang hanyalah sejauh satu panggilan suara, video atau mesej di whatsapp sahaja.

Kata sesetengah orang, “this is adulting”.

Namun, adakah ia bermakna dewasa akan mengajar kita untuk tidak lagi mempedulikan orang yang pernah hadir dalam hidup kita?

Saya terbayangkan bagaimana Rasulullah SAW membahagikan perhatiannya kepada ramai orang yang memerlukan nasihat, bantuan dan sokongan. Setiap orang pasti dirasakan istimewa di mata baginda.

Baginda tidak lupa bahawa cinta dan rahmat Allah itu boleh hadir kerana cinta dan kasih sayang sesama manusia juga.

Sabda Rasulullah SAW:


الْخَلْقُ عِيَالُ اللهِ اَحَبُّهُمْ اِليهِ اَنْفَعُهُمْ لِعِيَالِهِ   

‘Makhluk (secara umum) adalah Hamba Allah SWT, maka mereka (para makhluk) yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah yang memberikan manfaat kepada Hamba Allah SWT (yang lainnya)’

Jadi, khabar siapa yang telah anda tanya hari ini?


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami