Gaya Hidup

Dah Keluar Zakat Untuk Pelaburan Emas Anda?

Oleh Natirah Azira  •  14 Aug 2020  •  3 min baca

Zakat bermaksud suci, subur, bersih, berkat dan berkembang. Ia adalah salah satu tuntutan yang diwajibkan ke atas umat Islam apabila telah cukup syarat wajib zakat.

Antara hikmah yang tersimpan di sebalik pembayaran zakat ialah mewujudkan sikap bersyukur, memupuk rasa bersaudara, membersihkan dan menyuburkan harta serta memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredai oleh Allah SWT.

Zakat dalam Islam ada pelbagai jenis, dan yang akan Tzkrh kongsikan pada hari ini adalah berkenaan zakat emas.

Dalam perkongsian lalu, Tzkrh telah menceritakan serba sedikit tentang zakat emas yang dipakai dan disimpan. Namun, bagaimana pula dengan zakat bagi pelaburan emas yang wujud pada hari ini?

1. Pelaburan Emas Patuh Syarak

Pelaburan emas patuh syarak boleh dibahagikan kepada dua iaitu pelaburan emas dalam bentuk fizikal dan pelaburan emas dalam bentuk akaun emas (Passbook).

Secara ringkasnya, orang yang menyertai pelaburan emas fizikal akan membeli emas dalam bentuk syiling emas, jongkong, bar dan wafer untuk diniagakan kembali.

Manakala bagi akaun emas (passbook) pula yang ada ditawarkan oleh pihak bank, mereka yang menyertai pelaburan dalam bentuk ini akan mempunyai akaun yang mencatatkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang dilaburkan.

Pelaburan yang dikira patuh syarak ialah fizikal emas itu wujud dan boleh dimiliki oleh pelabur. Ia wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram dan cukup haul setahun.

Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki yang diniatkan sebagai pelaburan adalah sebanyak 400 gram.

Contoh pengiraan kadar zakat bagi kedua-dua jenis pelaburan ini sama sahaja iaitu:

Berat emas x Harga semasa (1 gram emas) x 2.5% (kadar zakat)

200 gram x RM 280 (contoh) x 2.5% = RM1400

2. Pelaburan Emas Tidak Patuh Syarak

Namun, kini ada juga pelaburan emas yang tidak patuh syarak. Ia lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, pelaburan dalam bentuk akaun emas (passbook) yang tidak menyediakan emas fizikal dan pelaburan emas melalui alam maya.

Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas

Untuk pelaburan jenis ini, zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan. Pengiraanya sebagaimana berikut:

Kadar wang simpanan yang mewajibkan seseorang itu mengeluarkan zakat dikira dengan perbandingan emas iaitu 85 gram (cukup haul setahun). Nilainya bersamaan dengan RM3000, dan nilai yang perlu dikeluarkan zakat ialah 2.5% daripada jumlah tersebut.

Contoh:

Ramli telah memiliki nilai pelaburan pokok sebanyak RM3000, maka dia perlu mengeluarkan 2.5% zakat daripada jumlah tersebut.

2.5% daripada RM 3000 = RM 75 (zakat yang perlu dikeluarkan)

Akaun Emas Maya

Pelaburan emas maya menggunakan platform elektronik. Pelabur yang mempunyai akaun di broker tertentu boleh membuat arahan belian dan jualan emas dengan harga semasa dipaparkan pada platform tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal yang dibelinya.

Walaupun begitu, dia tetap wajib mengeluarkan zakat bagi pelaburan pokok sekiranya jumlah melebihi kadar nisab tahunan. Ia dikategorikan sebagai bayaran Zakat Wang Simpanan.

Kaedah pengiraan:

Pelaburan pokok x kadar zakat = Jumlah zakat perlu dikeluarkan

RM40,000 (contoh) x 2.5% = RM1000

Kesimpulan

Tidak salah untuk melabur dan mengembangkan harta namun ia mestilah dilakukan menurut syarat dan hukum yang telah digariskan oleh Islam. Prihatinlah dalam setiap urusan perniagaan yang dilakukan. Semoga ia lebih mendekati keberkatan.

Baca juga:

Adakah Emas Yang Dipakai Juga Dikenakan Zakat

Rujukan:

  1. Zakat.com.my

Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami