Hukum, Ibadah

Hukum Berselawat Sebelum Penyembelihan

Oleh Fizah Lee  •  3 Aug 2020  •  2 min baca

Ibadah korban ialah ibadah sunat yang dituntut ke atas mereka yang berkemampuan dan mempunyai harta yang cukup untuknya serta yang di bawah tanggungannya.

Ibadah ini adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan korban yang diberikan kepadaNya. Selain itu, ia adalah untuk menyingkapi peristiwa korban Nabi Ibrahim AS terhadap anaknya.

Adapun, korban yang dilakukan itu adalah terhadap haiwan yang cukup umur seperti lembu, kambing, unta dan biri-biri.

Sebelum disembelih haiwan korban itu, biasanya tukang sembelih akan memulakannya dengan membaca basmallah dan juga bertakbir.

Anas bin Malik RA berkata – “Nabi SAW berkorban dengan dua ekor kambing (kibas) putih. Aku melihat Baginda meletakkan kakinya di pangkal leher dua kambing itu. Lalu, Baginda SAW membaca basmallah dan bertakbir kemudian Baginda menyembelih kedunya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5558)

Namun, ada juga yang akan memulakannya dengan membaca selawat. Jadi, apakah hukumnya membaca selawat sebelum bertakbir?

Dalam hal ini, ulama berbeza pandangan. Ada yang mengatakan bahawa mengucapkan selawat sebelum penyembelihan adalah sunnah kerana kebiasaannya jika nama Allah disebut maka nama kekasihNya, Rasulullah SAW juga akan disebut. Ada pula ulama yang tidak melihatnya sebagai sunnah dan ada yang memakruhkannya.

Pendapat daripada Imam Nawawi dan juga daripada Mazhab Syafie’e juga menyebut bahawa sunnah juga dilakukan dengan berselawat.

Namun, Abu Hurairah, Imam Al-Qadhi ‘Iyadh dan sebahagian ulama lainnya menyebut bahawa tidak dianjurkan untuk berselawat.

Ibnu Qayyim RA berkata – “Ulama lain tidak menyetujui penganjuran selawat ketika menyembelih. Antaranya ialah murid-murid Imam Abu Hanifah RA. Mereka memakruhkan bacaan selawat ketika penyembelihan. Hal itu dianggap sebagai larangan kerana bimbang jika sembelihan itu dilakukan selain daripada Allah.”

Tuntasnya, boleh sahaja untuk melakukan penyembelihan dengan membaca Basmallah, bertakbir dan disertai dengan selawat. Namun, jika tidak disertai dengan selawat juga tidak mengapa.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami