Ibadah

Baca Doa Ini Untuk Ditunjukkan Jalan Yang Benar

Oleh Fizah Lee  •  24 Jul 2020  •  2 min baca

Kehidupan kita sebagai manusia tidak terlepas daripada ujian, dosa, kesempitan wang dan segalanya. Hatta, kebahagiaan juga boleh menjadi ujian kepada kita sama ada kita akan dekat kepadaNya saat dilimpahi nikmatNya atau sebaliknya.

Sebab itu, dalam kita mengharungi kehidupan di dunia ini, yang paling penting ialah kita perlu sentiasa berdoa agar Allah mengikat hati kita kepadaNya.

Semua orang mempunyai nasib yang tidak sama. Ada yang walaupun sudah lahir dalam keluarga yang dipenuhi iman, ibu bapanya merupakan ustaz atau ustazah, tetapi iman itu kan tak dapat diwarisi.

Ada juga yang ingin memeluk Islam, namun disebabkan tentangan keluarga, sedikit sukar untuk mengamalkan ajaran Islam.

Pelbagai lagi ujian yang ada yang kalau ingin disenaraikan di sini, pastinya tidak cukup ruang yang disediakan. Yang pastinya, anda sendiri yang mengetahui jenis ujian yang sedang dilalui. Walau apa pun yang sedang dirasai, sama ada perasaan sedih yang melampau atau penyakit, ketahuilah bahawa semua orang sedang diuji.

Dalam dilanda ujian ini, ada sebuah doa yang diajarkan oleh Baginda SAW untuk kita terus berada di jalanNya walau diuji dengan ujian yang berat.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِ

Maksud: “Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, tunjukilah aku, selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2697)

Doa ini boleh diamalkan pada bila-bila masa untuk diminta agar dipermudahkan urusan dan sentiasa ditunjukkan jalan yang betul dalam melalui kehidupan ini.

Semoga setiap jalan yang kita lalui akan dipermudahkan oleh Allah dan boleh mendekatkan diri kepadaNya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami