Ibadah

Doa Agar Sentiasa Merasa Cukup Dengan Apa Yang Ada

Oleh Fizah Lee  •  20 Jul 2020  •  2 min baca

Ada duit yang banyak namun hati tidak merasa bahagia. Dikelilingi ramai kawan, namun jiwa merasa kosong dan sunyi. Mengapa perasaan itu boleh hadir dalam diri seseorang?

Salah satu sebabnya ialah sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang diperoleh. Hati yang selalu memberontak untuk mendapat sesuatu yang lebih lagi atau dalam erti kata lain tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh.

Belajar untuk bersyukur. Bersyukur di sini bukanlah bermaksud menerima keadaan tanpa berusaha untuk mengubah ke arah yang lebih baik. Namun, menerima setiap rezeki yang ada dengan hati yang sabar dan lapang kerana yakin itulah rezeki yang telah tertulis untuknya.

Dalam masa yang sama, cuba untuk berusaha lagi ke arah yang lebih baik agar kehidupan tidak berada di takuk yang sama. Bukankah Allah suka akan orang yang berusaha untuk mengubah diri dan kehidupannya ke arah yang lebih baik.

Yang paling penting ialah kita perlu menyeimbangkan diri di antara akhirat dan dunia. Jangan terlalu mengejar dunia sehingga akhirat dilupakan. Tetapi, jangan pula terlalu fokus pada akhirat sehingga dunia dibiarkan begitu sahaja.

Jadikan dunia itu sebagai jambatan ke akhirat. Kehidupan juga perlu dijalani dengan berpada-pada. Sikap melebih-lebih terhadap sesuatu boleh menjadikan seseorang taksub dan itulah yang boleh menyebabkan kita lalai.

Dalam sebuah hadis, ada dikisahkan mengenai doa yang diajarkan oleh Baginda SAW kepada kita semua untuk meminta agar dijaga hati supaya merasa cukup dengan apa yang diperoleh.

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

Maksud: “Ya Allah, aku meminta kepadaMu petunjuk dalam ilmu dan amal, ketakwaan, sifat ‘afaf (menjaga diri dari hal yang haram) dan sifat ghana’ (hati yang selalu merasa cukup atau qanaah.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2721)

Doa ini boleh diamalkan pada setiap waktu, terutamanya ketika merasa sukar atau mempunyai kesempitan rezeki supaya hati kita tidak mudah marah dan boleh menerima semuanya dengan tenang dan lapang.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami