Gaya Hidup

Jangan Sampai Ada Sifat ‘Kanud’ Dalam Diri Saat Ditimpa Musibah

Oleh Fizah Lee  •  20 Jul 2020  •  2 min baca

Setiap manusia pasti diuji. Itu adalah sebagai salah satu asam garam dan warna dalam kehidupan yang perlu dilalui. Sama ada ujian itu dalam bentuk kesakitan, nikmat, kegembiraan mahupun kesedihan, itulah yang dinamakan ujian.

Ujian itu juga adalah untuk mematangkan diri sendiri dan memberi peluang untuk mengenali dunia ini. Walau bagaimanapun, satu persoalan yang boleh diberikan di sini ialah apa yang anda lakukan di saat ditimpa musibah?

Adakah anda akan mengeluh dan terus menyalahkan tuhan atau sabar dengan perkara tersebut? Tahukah anda, ada satu istilah untuk orang yang suka mengeluh saat tertimpa musibah dan keluhannya itu seolah-olah dia telah melupakan nikmat yang diperoleh sebelum ini.

Istilah itu digelar sebagai kanud. Ia bermaksud orang yang ingkar dan tidak berterima kasih di atas nikmat yang diberikan tuhannya.

Al-Hassan Al-Basri berkata – “Orang yang kanud adalah yang terus menerus menghitung musibah demi musibah, lantas melupakan pelbagai nikmat yang telah Allah berikan.” (‘Uddah Ash-Shabirin, wa Dzakhirah As-Sabirin, 151)

Sebagaimana dalam sebuah firman Allah yang berbunyi:

إِنَّ الْإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ

Mafhum: “Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.” (Surah Al-Adiyat, 100:6)

Apabila menghadapi masalah, memang orang akan fokus pada masalah tersebut sedangkan jika bertenang sejenak, bersihkan minda sebentar daripada kekusutan tersebut, pasti ada jawapan kepada permasalahan itu.

Jangan ada sifat kanud dalam diri kita. Allah memberikan ujian sedikit sahaja jika nak dibandingkan dengan nikmat yang telah Dia berikan. Itu pastinya lebih banyak dan tak mampu dihitung dengan dengan jari.

Ada nikmat untuk hidup di hari ini, ada nikmat mempunyai kecukupan anggota badan untuk meneruskan pekerjaan, diberikan rezeki yang cukup dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan di sini.

Yang paling penting ialah fikir bahawa setiap masalah atau musibah yang melanda itu sebagai salah satu peluang untuk kita lebih dekat dengan Allah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami