Gaya Hidup

Allah Akan Membantu Urusan Orang Yang Ingin Melunasi Hutangnya

Oleh Fizah Lee  •  16 Jul 2020  •  2 min baca

Kita mengetahui perihal hutang yang tidak boleh diambil secara suka-suka atau dipandang remeh. Apabila alami kesempitan sedikit, terus ingin mengambil hutang. Apabila ingin kelihatan mewah sikit, terus berhutang untuk mencapai keinginan itu.

Sedangkan, kita diajar untuk berusaha terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah hidup itu. Kita juga diajar untuk hidup berlandaskan kemampuan sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Namun, jika terdesak dan sudah mati akal serta dilihat hutang ialah jalan penyelesaian yang terakhir, maka ambillah ia dengan niat untuk membayarnya semula. Jangan mengambil hutang kemudian tidak dicatat kerana bimbang terlupa akan hutang tersebut.

Apabila kita meletakkan niat untuk melangsaikan hutang tersebut, nescaya Allah akan membantu mempermudahkan jalan itu.

Yang dimaksudkan Allah akan membantu mempermudahkan urusan tersebut ialah dengan izinNya, akan ada cara dan jalan untuk melangsaikan hutang itu.

Jika ia meninggal dalam keadaan berhutang sedangkan ternyata ada harta yang sudah tersimpan untuk membayar hutang itu, maka itu juga dimaksudkan dengan kemudahan dalam melangsaikannya.

Ada sebuah hadis yang menyebut mengenai perihal ini;

Maksud: “Dulu Maimunah ingin berhutang. Lalu ada di antara saudaranya yang berkata: “Jangan kamu lakukan itu!” Sebahagian saudaranya mengingkari perbuatan Maimunah tersebut. Lalu, Maimunah berkata: “Ya, Sesungguhnya aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahawa dia berniat ingin melunaskan hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan jalannya untuk melunasinya di dunia.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 2408)

Walaupun rezeki kita terasa sempit, namun berdoalah kepada Allah agar segala urusan dipermudahkanNya. Dan jika terpaksa berhutang, maka niatkanlah di hati untuk melunasinya.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami