Oleh Natirah Azira • 16 Jul 2020 • 1 min baca
Nurflix.TV, sebuah platform streaming TV online baru akan mula bersiaran pada Oktober ini, dengan siaran percubaan secara percuma selama tiga bulan. Hal ini diumumkan dalam sidang media yang telah diadakan pada pagi tadi di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Apa yang menarik, Nurflix.TV dibangunkan sebagai platform hiburan yang menghubungkan kerjasama antara golongan ulama dengan karyawan industri kreatif.
Menurut Pengerusi Nurflix.TV, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, dalam arus kemodenan serta perkembangan platform streaming dalam talian sekarang yang sangat mencabar dengan lambakan konten-konten yang tidak selari dengan tuntutan agama, hal ini menjadi kebimbangan buat anak-anak dalam memilih bentuk hiburan yang sesuai.
Namun, dengan Nurflix, beliau menjamin kandungannya akan ditapis dengan sebaiknya menerusi panel penasihat kandungan yang dipanggil Nurpath. Hal ini bagi memastikan setiap kandungan menepati nilai-nilai Islam berteraskan akidah, adab dan akhlak serta selamat ditonton oleh pelbagai golongan.
Untuk peringkat permulaan, sebanyak 12 tajuk daripada pelbagai jenis kategori termasuk drama dan filem akan disiarkan. Nurflix.TV akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2021.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.