Gaya Hidup

Hati-Hati Ketika Bersendiri – Allah Maha Melihat

Oleh Fizah Lee  •  15 Jul 2020  •  2 min baca

Apa tujuan anda melakukan ibadah? Adakah untuk mendapatkan pujian dan keredaan daripada manusia semata-mata atau untuk Allah? Bagaimana ingin bezakan perkara tersebut?

Lihat kembali, adakah ibadah anda dilebihkan apabila berhadapan dengan manusia, tetapi apabila bersendirian, mood anda menjadi malas. Apa yang lebih membimbangkan ialah bukan sahaja malas beribadah tetapi rajin melakukan maksiat.

Dalam beribadah, ia perlu diniatkan kepada Allah. Keredaan dan kerahmatan dariNya adalah yang paling utama. Apabila mengharap pandangan mata manusia, maka ibadah tersebut akan dilakukan mengikut masa-masa tertentu sahaja.

Sedangkan, walaupun pada waktu kita bersendirian, tiada manusia yang melihat tetapi Allah itu sentiasa ada untuk melihat hambaNya. Hati-hati apabila bersendirian. Latih diri untuk tidak melakukan perkara-perkara maksiat. Perkara ini adalah salah satu ciri kemunafikan yang perlu dielakkan.

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis, iaitu:

Maksud: “Dari Tsauban, Nabi SAW berkata: “Sungguh, aku mengetahui suatu kaum dari umatku datang pada hari kiamat dengan banyak kebaikan seperti Gunung Tihamah. Namun, Allah menjadikan kebaikan tersebut menjadi debu yang bertebaran.” Tsauban berkata: “Wahai Rasulullah, cuba sebutkan sifat mereka pada kami supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya.”

Baginda SAW bersabda: “Adapun mereka adalah saudara kalian. Kulit mereka sama dengan kulit kalian. Mereka menghidupkan malam (dengan ibadah) seperti kalian. Akan tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian, mereka akan merobek tirai untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 4245)

Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebutkan bahawa ia adalah dosa besar kerana ciri kemunafikan ialah tidak jujur dan berpura-pura. Baik di mata manusia, namun apabila tidak dipandang mereka akan terus melakukan dosa.

Jangan dianggap remeh akan perkara tersebut kerana hidup yang berpaksikan mata manusia pasti sukar untuk merasa nikmat beribadah yang sebenar.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami