Tidur dalam keadaan berwuduk, membersihkan tempat tidur sebelum masuk tidur dan tidur dalam keadaan mengiring ke kanan merupakan antara adab yang dianjur untuk dilakukan sebelum tidur.
Walaupun semuanya kelihatan mudah dan ringan, namun saya pasti ramai dalam kalangan kita yang menitikberatkan adab-adab ini.
Bahkan, walaupun ia kelihatan ringan, namun manfaatnya besar di sisi seseorang pelaku itu sendiri. Sebagai contoh, posisi tidur secara mengiring ke kanan merupakan sunnah yang sentiasa diamalkan oleh Baginda SAW.
Baginda tidak tidur dalam posisi meniarap kerana posisi ini memberi ketidakselesaan kepada diri sendiri.
Bahkan, ada satu riwayat yang menyebut bahawa Baginda amat melarang mereka yang tidur secara meniarap kerana sunnah tidur yang betul dan sihat ialah dengan tidur secara mengiring.
Maksud: “Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 5040)
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin berkata – “Tidak elok seseorang itu tidur meniarap lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di tempat terbuka. Kerana, jika ramai orang yang melihatnya, ia akan tidak suka. Namun, jika seseorang dalam keadaan sakit perut, maka tidak mengapa jika ia dilakukan kerana ia adalah dalam keadaan terpaksa.” (Syarh Riyadhus Shalihih, 4:343)
Melalui penyataan di atas, dapat kita faham bahawa jika posisi tidur itu adalah disebabkan oleh keadaan yang mendesak seperti kerana sakit perut atau untuk meredakan sakit-sakit lain, maka ia tidak mengapa.
Namun, jika ia dilakukan secara sengaja, maka hukumnya adalah makruh kerana Baginda SAW melarang posisi tidur seperti ini.
Sunat bagi orang sekeliling untuk mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap ini. Namun, kejutan itu perlulah dilakukan dengan baik dan bukannya dalam keadaan marah-marah, kerana si pelaku tersebut baru bangun dari tidur dan dalam keadaan mamai.
Wallahu a’alam.
Baca juga:
Larangan Tidur Meniarap Dari Kesihatan
Rujukan:
Rumaysho.com
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.