Oleh Natirah Azira • 24 Jun 2020 • 1 min baca
Kerajaan Malaysia akhirnya membenarkan pelaksanaan majlis sosial dalam jumlah yang ramai bermula 1 Julai 2020. Jumlah yang dibenarkan adalah tidak melebihi 250 orang dalam satu-satu masa serta bergantung kepada keluasan tempat majlis.
Antara majlis keramaian yang dibenarkan seperti majlis pertunangan, majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir serta majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah dan doa selamat.
Walau bagaimanapun, hidangan secara bufet tidak dibenarkan kecuali jika ia dihidangkan oleh pramusaji. Pihak yang menganjurkan majlis juga perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi antaranya menyediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk, merekod kehadiran, memeriksa suhu badan tetamu yang hadir serta memastikan setiap individu memakai pelitup muka.
Namun menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika dijangkakan keadaan sukar dikawal, sebaiknya hasrat untuk mengadakan majlis keramaian tersebut dibatalkan.
Sumber:
Bernama
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.