Gaya Hidup

Di Sebalik Lafaz ‘Aku Mencintaimu Kerana Allah’

Oleh Fizah Lee  •  24 Jun 2020  •  2 min baca

Hati manusia ini pasti diisi dengan perasaan, sama ada kasih sayang seorang ibu terhadap anak, cinta seorang suami terhadap isteri, marah seorang kawan terhadap kawannya dan kecewa seorang kakak kepada adiknya.

Pasti perasaan itu akan hadir tatkala hati kita dijentik oleh perkara-perkara yang mengundang kepadanya. Sama dengan perasaan cinta. Sampai satu tahap, hati kita pasti akan dijentik perasaan cinta.

Sama ada cinta kepada pasangan mahupun kepada sahabat. Ia adalah fitrah. Tidak berdosa mencintai namun yang perlu dititikberatkan ialah bagaimana cara kita dalam memanifestasikan cinta itu.

Adakah dengan mengikut nafsu dan hati semata-mata atau melihat kepada ajaran yang telah ditinggalkan oleh Baginda SAW?

Bagaimana Baginda bercinta dan menzahirkan perasaan cintanya? Iaitu dengan mencintai sesuatu kerana Allah.

Mencintaimu kerana Allah – ia sebuah perkataan yang sering kita dengar, namun mungkin ada yang tertanya, bagaimana untuk mencintai kerana Allah?

Dalam hal ini, Imam Hassan al-Basri berkata – “Sesungguhnya hamba yang dicintai di sisi Allah adalah yang mencintai Allah melalui hambaNya dan ia mencintai hamba Allah kerana Allah. Di muka bumi ini, ia juga memberi nasihat kepada orang lain.” (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1:224)

Maksud yang paling jelas ialah, biarlah cinta yang dirasai itu semakin mendekatkan kita kepadaNya bukan semakin jauh atau dekat kepada maksiat.

Jadikan persahabatan itu sebagai sebuah ikatan yang kekal sehingga boleh berpimpin tangan ke syurga. Jadikan perkahwinan itu sebagai sebuah binaan masjid yang dipayungi mawaddah wa rahmah (tenteram dan berkasih sayang).

Justeru, untuk mendalami perasaan cinta yang terbit itu, perlulah dizahirkan dengan mencintai kerana Allah. Bukan untuk menmuaskan hawa nafsu sendiri sehingga mengabaikan tuntutan agama.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami