Pulau Pinang mengumumkan kebenaran aktiviti kuliah dan ceramah di masjid yang akan bermula hari ini.
Aktiviti tersebut hanya dibenarkan antara waktu Maghrib dan Isyak sahaja pada setiap hari dengan jemputan penceramah yang bermastautin di negeri itu dan mempunyai sijil tauliah mengajar.
Ceramah yang dilakukan mestilah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.
Berkenaan dengan ceramah waktu Subuh pula, ia hanya dibenarkan pada hari Sabtu dan Ahad dengan jangka masa tidak melebihi 20 minit.
Selain itu, negeri tersebut turut memberi kebenaran untuk mengadakan solat fardu dan solat jenazah di masjid dengan mengikut keluasan ruang solat masjid dan surau itu.
Menurut Timbalan Menteri I Pulau Pinang, kebenaran melakukan solat jenazah itu tertakluk kepada ahli keluarga dan kariah sahaja.
Manakala, solat berjemaah pula terbuka kepada orang awam yang berwarganegara Malaysia dan ahli kariah dengan had umur antara 15 hingga 70 tahun. Bagi jemaah yang berumur 71 tahun ke atas dibenarkan menghadirinya namun tidak digalakkan.
Solat Jumaat turut dibenarkan dengan bilangan seramai 40 orang sahaja yang akan berkuat kuasa mulai 26 Jun ini.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.