Ibadah

Adakah Wajib Beratur Untuk Mendapatkan Tempat Bagi Solat Jumaat?

Oleh Natirah Azira  •  15 Jun 2020  •  1 min baca

Pada minggu lalu, masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta negeri-negeri lain kembali dibuka untuk tujuan solat Jumaat dan solat Jemaah dengan kebenaran pertambahan bilangan jemaah yang lebih ramai.

Jika sebelum ini, bilangan jemaah yang dibenarkan adalah terhad tidak melebihi 30 orang (di Wilayah Persekutuan), sekarang ia diperluaskan lagi dengan bilangan jemaah yang dibenarkan adalah satu pertiga daripada jumlah had kapasiti dewan solat.

Walau bagaimanapun, keadaan ini masih belum dapat membolehkan semua umat Islam khususnya golongan lelaki untuk menunaikan solat Jumaat di masjid. Antara yang menjadi tanda tanya, adakah wajib bagi mereka untuk tetap mendapatkan tempat bagi Solat Jumaat?

Pihak Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan pendapat bagi menjawab permasalahan ini.

Pertama, mereka digalakkan untuk berusaha mendapatkan tempat bagi solat Jumaat dengan mengikuti SOP yang telah disediakan oleh pihak masjid contohnya perlu mengisi borang jika perlu atau hadir awal ke masjid untuk beratur.

Kedua, jika didapati dengan sangkaan yang kuat (ghalabat al-dzann) bahawa bilangan jemaah di masjid sudah penuh dan mencukupi, maka bagi mematuhi arahan pihak berkuasa, tidak perlu untuk seseorang beratur bagi mengelakkan perkumpulan beramai- ramai.

Semoga makluman ini sedikit sebanyak menghilangkan kekeliruan yang ada berkenaan pelasanaan Solat Jumaat di masjid.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami