Hukum

Bolehkah Membaca Basmallah Ketika Berwuduk Di Dalam Tandas

Oleh Fizah Lee  •  15 Jun 2020  •  2 min baca

Dalam beribadah, pastinya muslim itu ingin melakukan yang terbaik. Hidup ini cuma sekali. Pastinya setiap perjalanan hidup ini, anda ingin melakukan yang terbaik agar tidak timbul bibit-bibit penyesalan.

Hatta kepada perkara dan ibadah yang paling kecil pun, pasti kita ingin meraih yang terbaik kerana ganjarannya adalah bergantung kepada amalan yang kita lakukan.

Seperti mana mengucapkan basmallah ketika berwuduk. Ia kelihatan kecil malah tidak ramai yang mengambil peluang untuk melakukannya. Namun, siapa tahu besarnya ganjaran ibadah tersebut buat mereka yang ikhlas dan istiqamah dengannya.

Jadi, mungkin ada yang tertanya – bagaimana dengan mereka yang berwuduk di dalam tandas? Adakah dibolehkan untuk mengucapkan basmallah ketika berwuduk di dalam tandas?

Sebelum kita melihat hukum membaca basmallah di dalam tandas, perlu kita faham bahawa berwuduk di dalam tandas adalah tidak digalakkan.

Namun, ia tidaklah membawa kepada hukum haram. Jika tempat yang boleh berwuduk hanya di dalam tandas, maka tidak mengapa.

Adapun, berkenaan dengan berwuduk di dalam tandas sambil membaca basmallah, jumhur ulama juga tidak menggalakkan perbuatan itu dilakukan.

Hal ini kerana, tandas merupakan tempat syaitan dan juga tempat untuk membuang hadas. Sedangkan, nama Allah itu adalah nama yang mulia dan tidak seharusnya dibawa ke tandas.

Adapun, jika bilik air tersebut dipisahkan dengan tandas, maka itu adalah dibolehkan. Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili RA berpendapat bahawa lebih baik jika tidak berwuduk di dalam tandas. Namun, jika di dalam bilik mandi (bukan digunakan untuk berhadas), maka tidak mengapa.

Hal ini adalah kerana melihat kepada peristiwa Baginda SAW yang pernah mandi hadas di dalam kamar mandi dengan disekalikan dengan wuduk.

Maka, penulis berpendapat bahawa perbuatan membaca basmallah adalah lebih baik untuk dibaca di dalam hati sahaja, sama ada ia adalah di dalam tandas atau bilik mandi.

Hal ini kerana, nama Allah itu adalah sesuatu yang wajar dijaga dengan baik dan tidak boleh dibuat main-main.

Hatta, jika membawa masuk telefon pintar yang ada aplikasi Al-Quran pun, ia perlu ditutup agar kesucian Al-Quran tetap dijaga.

Maka, dalam hal ini penulis berpendapat bahawa ia adalah sama dengan tujuan untuk menjaga kesucian nama Allah itu sendiri.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami