Berita

MyBahagia – Platform Kursus Pra-Perkahwinan Dibangunkan UniSZA

Oleh Natirah Azira  •  11 Jun 2020  •  1 min baca

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah melancarkan sebuah platform digital dinamakan MyBahagia bagi membolehkan pasangan yang ingin bernikah mengikuti kursus pra-perkahwinan secara dalam talian.

Platform itu mengandungi 11 modul praperkahwinan mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merangkumi pelbagai aspek seperti pengajian kewangan, undang-undang, teknlogi maklumat dan perubatan.

Kursus dalam talian ini hanya mengambil masa selama 11 jam untuk dihabiskan, berbeza dengan cara konvensional yang menuntut masa dua hari. Pengguna bebas membuat pilihan sama ada untuk menghabiskan modul ini sekali gus atau mengikut kelapangan waktu.

Ia adalah platform pertama seumpamanya yang diwujudkan di negara ini bermatlamat mengisi keperluan norma baharu yang sedang dilalui oleh rakyat Malaysia khususnya pasangan Islam yang ingin melangsungkan pernikahan.

Pengguna hanya perlu mendaftar masuk kursus ini di laman web MyBahagia dengan bayaran serendah RM30 seorang dalam tempoh promosi selama dua bulan bermula 1 Jun, dan RM40 selepas tamat promosi tersebut.

Layari: MyBahagia


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami