Gaya Hidup

Yang Dimaksudkan Dengan ‘Al-Raan’ Di Hati Manusia

Oleh Fizah Lee  •  12 Jun 2020  •  3 min baca

“Apabila kita membuat satu dosa, hati kita akan ditanda satu titik hitam. Jika ditambah lagi satu dosa, maka akan ditanda lagi satu titik hitam. Dan begitulah seterusnya sehinggalah jika ia dilakukan secara berterusan, hati akan menjadi gelap akibat titik hitam yang sudah terlalu banyak dan memenuhi ruang.”

Mungkin kebanyakan daripada anda sudah tahu akan perkara ini dan mungkin segelintir daripada anda masih lagi ragu-ragu akan kesahihan perihal ini.

Bagaimana bentuk hati kita apabila ditanda dengan titik hitam? Adakah titik hitam itu benar-benar menjadi simbol kepada dosa?

Benar. Itulah apa yang telah diberitakan oleh Baginda SAW mengenai perihal manusia yang bermaksiat. Manusia itu lahir dalam keadaan fitrah, ibarat kain putih yang bersih. Apabila ada maksiat dan dosa yang dilakukan, kain itu akan menjadi kotor.

Sedikit demi sedikit kesucian itu akan hilang. Jika tidak dicuci, lama-lama ia akan menjadi kotoran degil. Bimbang jika akhirnya ‘kain’ tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ ، فَإِنْ هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ صَقَلَتْ قَلْبَهُ ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ فَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksud: “Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa, beristighfar dan bertaubat, nescaya digilap hatinya.

Sebaliknya, apabila dia mengulangi dosa, akan ditambah padanya titik hitam sehingga memenuhi hatinya. Maka, itulah dipanggil al-raan yang Allah nyatakan: “Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.” (Hadis Riwayat Nasai, no. 11594)

Begitulah simbol hati manusia. Mula-mula, apabila titik satu titik hitam yang baru menapak di hati, ia masih nampak.

Justeru, masih ada cara dan perasaan untuk seseorang itu berubah – dengan erti kata lain, masih lagi wujud rasa bersalah pada tuhan.

Namun, lama-kelamaan apabila ia mula banyak dan memenuhi ruang, perasaan bersalah dan segan dengan tuhan itu barangkali boleh hilang.

Istighfar, berdoa untuk diberi keampunan dan berzikirlah mengingati Allah sentiasa agar titik-titik hitam itu boleh dihilangkan.

Seperti baju yang masih sedikit kotorannya, ia boleh dihilangkan dengan sabun biasa. Namun, untuk baju yang mempunyai kotoran degil, barangkali perlu digunakan jenama yang paling kuat seperti Clorox untuk mendapat semula hasil yang awal tadi.

Ibnu Taimiyah RA berkata bahawa Hudzaifah menyebut – “Iman itu boleh membuat hati nampak putih bersih. Jika seorang hamba bertambah imannya, hatinya akan semakin putih. Jika kalian membelah hati orang yang beriman, kalian akan melihatnya putih bercahaya. Sedangkan, kemunafikan membuat hati kelihatan hitam kelam. Jika seorang hamba bertambah kemunafikannya, hatinya pun akan semakin gelap. Jika kalian membelah hati orang munafik, maka kalian akan melihatnya hitam yang mencengkam.”

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami