Gaya Hidup

Bolehkah Si Pelaku Dosa Melarang Orang Lain Daripada Berbuat Dosa

Oleh Fizah Lee  •  10 Jun 2020  •  2 min baca

“Jika kita menunggu ada manusia yang sempurna amal ibadatnya untuk berdakwah dan menyampaikan kebaikan, nescaya tidak akan wujud manusia yang berpesan-pesan ke arah kebaikan.”

Mungkin anda sering mendengar kata-kata ini. Ia wujud bagi membuktikan kepada manusia bahawa dakwah dan nasihat itu boleh diberikan oleh sesiapa sahaja.

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Baginda SAW juga tidak sempurna dan pernah ditegur beberapa kali oleh Allah.

Justeru, sebagai manusia yang menyedari akan sesuatu keadaan, berpesan-pesanlah ke arah kebaikan dan saling mengingati antara satu sama lain.

Namun, adakah ia juga boleh diaplikasikan terhadap si pelaku maksiat yang menghalang orang lain daripada berbuat dosa yang sama dengannya atau dosa-dosa lain?

Kadang-kadang, ada yang menyebut bahawa, selagi dosanya tidak mengganggu dan memberi pengaruh kepada orang lain, maka ia adalah tidak mengapa.

Bahkan, ada juga yang berpendapat bahawa tidak elok menayangkan dosa yang dibuat kerana bimbang jika ia boleh mempengaruhi orang lain. Biarlah dosa itu tertanggung atas sebab dirinya sendiri dan bukan orang lain.

Imam Muhammad bin Ahmad bin Salim Al-Hanbali berkata melalui kitab Ghoda’ul Albab Syarh Mandhumatil Adab (1/170):

Maksud: “Ada seseorang yang berkata kepada Imam Hasan Al-Bashri: “Sesungguhnya ada seseorang yang tidak mahu memberikan nasihat dan ia berkata: “Saya takut untuk mengucapkan hal-hal yang tidak saya laksanakan.” Lalu, Imam Hasan Al-Bashri berkata: “Apakah ia harus melakukan apa yang ia katakan? Syaitan menyukai dan memperdaya akan perkara ini. Justeru, tidak ada seorang pun yang akan memerintah kebajikan dan melarang dari kemungkaran.”

Imam Nawawi dan sebahagian jumhur ulama berpendapat bahawa, tidak perlu menunggu sempurna atau bebas daripada dosa untuk memberi nasihat kepada orang lain.

Tuntasnya, penulis berpendapat bahawa walau besar mana dosa yang anda lakukan, namun jika anda mempunyai pengetahuan akan sesuatu atau kekuatan untuk menegur dan menasihati, teruslah berbuat baik.

Cara menegur juga perlu diambil kira dengan keadaan dan situasi anda yang tidak memerli atau mengutuk dosa seseorang. Tegurlah dengan baik tanpa menyinggung mana-mana pihak dan memakai bahasa yang bersesuaian, terutamanya jika ia dilakukan di tempat umum.

Siapa tahu, dengan teguran yang anda berikan itu sedikit sebanyak mampu melembutkan hati anda untuk kembali kepadaNya.

Paling penting, ia juga boleh tergolong dalam salah satu asbab untuk menarik anda ke syurga sekiranya orang yang ditegur itu terus-terusan mengamalkannya.

Boleh jadi, kebaikan itu akan menjadi seperti kebaikan yang berantai kerana ia tidak terhenti kepadanya sahaja, namun terus menular kepada orang lain.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Bincang Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami