Gaya Hidup

Sedih Bagaimana Yang Dimarahi Allah

Oleh Fizah Lee  •  9 Jun 2020  •  2 min baca

Allah tak marah kalau hambaNya ingin bersedih. Menangislah dan ambillah masa untuk sembuh daripada kesedihan yang melanda.

Sedih juga adalah fitrah. Ia adalah sebuah perasaan yang telah Allah letakkan dalam diri setiap manusia. Perasaan manusia ini bukan satu sahaja, bukan hanya gembira atau seronok. Tetapi ada pelbagai lagi.

Ada perasaan sedih, marah, kecewa dan cinta. Manusia boleh menggunakannya apabila terjadi sesuatu perkara yang boleh membuatkan perasaan itu dirasai.

Bercakap mengenai sedih, ada perasaan sedih yang dipuji Allah dan ada perasaan sedih yang dicelaNya. Dalam erti kata lain, sedih pun boleh mendatangkan pahala dan dosa kepada seseorang.

Elak Alami Sedih Seperti Ini

Bersedih dan menangis, sekali-sekala ia boleh melembutkan hati. Ia adalah tanda jiwa yang sensitif dan hati yang peka.

Namun, jangan bersedih terlalu lama. Pendam perasaan dan melayannya boleh mereputkan hati juga. Ia boleh menghanyutkan anda ke dalam perasaan itu sehingga dalam tak sedar anda boleh hilang dari dunia nyata.

Apa alasan anda untuk bersedih terlalu lama? Adakah ia boleh melawan alasan untuk bergembira? Kadang-kadang kita hanya sedih di atas satu perkara sedangkan kita masih punya seribu satu sebab lain untuk merasa gembira.

Hati-hati dengan kesedihan anda, bimbang jika akhirnya anda akan menyalahkan takdir. Menyalahkan Allah adalah perkara yang tercela dan perlu dielakkan kerana ia boleh mengganggu akidah seseorang.

“Mengapa Allah lahirkan aku dalam keadaan susah” atau “mengapa Allah tak layan aku dengan baik macam mana orang kaya dilayan”, ia semua adalah perkara yang perlu dielakkan.

Allah letakkan anda dalam situasi tersebut kerana ia adalah ujian dan kehidupan yang sudah ditetapkan untuk anda. Menjadi tanggungjawab anda untuk mengubah kehidupan anda. Setiap orang mempunyai masalahnya yang tersendiri.

Jika anda merasakan anda sedang mengalami masalah yang paling berat, ingatlah bahawa ada lagi orang yang diuji dengan taggungjawab yang lebih besar daripada anda.

إنَّ اللَّهَ لَا يُؤَاخِذُ عَلَى دَمْعِ الْعَيْنِ وَلَا عَلَى حُزْنِ الْقَلْبِ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُ عَلَى هَذَا أَوْ يَرْحَمُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ إلَى لِسَانِهِ

Maksud: “Sesungguhnya Allah tidaklah menghukum seseorang kerana titisan air matanya dan kesedihan hati. Tetapi, Allah hanya menyeksa atau mengasihi hambaNya kerana sabar atau mengeluh di atas kesusahan yang dialami.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2315)

Sama ada kesedihan itu boleh mendatangkan pahala atau dosa untuk anda, ia bergantung kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Rumasyho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami