Berita

Tambahan Jemaah Solat Di Masjid Akan Diketahui Sabtu Ini

Oleh Natirah Azira  •  3 Jun 2020  •  1 min baca

Setelah hampir tiga minggu masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara dibuka secara bersyarat, kini pihak kerajaan bergerak ke langkah seterusnya dalam memberi kebenaran operasinya.

Menurut kenyataan pihak Majlis Keselamatan Negara, tambahan solat berjemaah akan diputuskan Sabtu ini setelah ia dibentangkan oleh pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain daripada pertambahan jemaah solat di masjid, operasi di kedai gunting rambut, salon kecantikan dan pasar malam juga akan diputuskan pada Sabtu ini.

Ada juga cadangan supaya bilangan jemaah yang dibenarkan perlu berdasarkan keluasan masjid. Contohnya seperti Masjid Putrajaya – jika penjarakan sosial satu meter dibuat, keluasan masjid tersebut boleh memuatkan lebih 100 orang.

Walau bagaimanapun, hal ini bergantung kepada SOP yang bakal dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami