Oleh Natirah Azira • 1 Jun 2020 • 1 min baca
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memaklumkan bahawa kursus Praperkahwinan di Wilayah-wilayah Persekutuan akan ditangguhkan buat masa ini ke suatu tarikh yang akan diberitahu semula.
Walaubagaimanapun, kursus tersebut akan digantikan dengan Ujian Pemahaman Secara Dalam Talian (UPSDT) yang akan bermula daripada 2 hingga 30 Jun 2020.
Orang ramai boleh berurusan secara temu janji atau walk in (bergantung kepada kekosongan) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada hari Selasa hingga Khamis.
Tatacara ujian tersebut boleh dirujuk berdasarkan Garis Panduan UPSDT yang disediakan.
Rujukan:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.