Allah SWT mendatangkan kepada kita Ramadan sebagai medan untuk membetulkan keimanan serta kepercayaan diri dan terbukti ia umpama peluang kedua buat hamba yang bertaubat atas segala dosa yang dilakukan sebelum ini. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Seharusnya setiap orang yang beriman wajar mengambil kesempatan sempena keberkatan bulan Ramadan ini bagi menyucikan jiwa yang telah terbeban dengan dosa-dosa yang yang dilakukan sebelum ini.
Memetik kata-kata Saudara Ayman Rashdan Wong,
“Ramadan sepatutnya masa terbaik untuk ‘self –reflection’ dan sedar tentang dosa pahala kita kerana di waktu ini kita digalakkan lebih menyendiri (solitude) bagi membolehkan tumpuan (fokus) kepada wirid, zikir dan ibadah-ibadah lain. Ramadan juga peluang bagi ‘reset button’ untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan dan kembali manusia kepada asas fitrah”.
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Dr Mohd Azhar Zailani mengutarakan beberapa amalan yang boleh dilakukan bersama keluarga bagi tujuan ‘Reset’ diri iaitu;
Reset Ruhiyyah (Spiritual) iaitu melakukan ibadah solat fardhu dan Tarawih berjemaah bersama anggota keluarga serta menghidupkan biah islamiyyah dalam rumah dengan majlis tazkirah, bertadarus dan membaca ma’thurat.
Reset Jasadiyyah (Fizikal) iaitu menjaga puasa sebaik mungkin dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Puasa yang sempurna boleh memberi kesan yang baik kepada kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan kawalan kandungan gula dalam darah.
Reset Qalbiyyah (Emosi) iaitu kurang memikirkan perkara-perkara negatif seperti membicarakan tentang keaiban orang lain dan berkomunikasi dngan bahasa yang sopan di media sosial. Bersedekah pada bulan Ramadan boleh menyemai rasa keinsafan dan sifat bersyukur dalam diri. Selain itu amalan berdoa untuk kedua ibu bapa dan bertanya khabar juga amat dianjurkan ketika Ramadan.
Reset Aqliyyah (Minda) iaitu mengamalkan tadabbur melalui pembacaan terjemahan dan tafsiran ayat Al Quran. Banyakkan membaca sejarah hidup Rasulullah (SAW) kerana ianya menjadi tulang-belakang sejarah penurunan Al Quran. Selain itu digalakkan juga mendengar ilmu agama, motivasi, kesihatan, kemahiran hidup, keibubapaan dan lain-lain menerusi kuliah dalam talian dan saluran Youtube.
Wallahua’lam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.