Site icon Tazkirah

#27 – Ingat Yang Telah Pergi

Ingat Yang Telah Pergi

Assalamualaikum warga pelabur Skim Ramadan Berimpak Maksima sekalian!

Lagi 3 hari nak beraya. Macam mana, adakah anda bersemangat untuk bertemu Syawal atau sedih kerana Ramadan semakin meninggalkan?

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang timbul rasa sedih apabila tiba di penghujung Ramadan kerana ibadah yang dilakukan terasa tidak cukup malah masih tempang. Apa tidaknya, ada hari badan terasa sangat penat, ada pula masanya diserang kantuk ketika solat, ada hari kita tidak dapat mengawal emosi dan sebagainya. Itu semua adalah ujian yang perlu dilalui.

Tahun ini pula, tentu sahaja ramai yang terkesan akibat mangsa-mangsa yang terkorban kerana Covid-19.

Saat inilah kita perlu ingat semula bahawa kematian sebenarnya membawa pengajaran yang sangat penting kepada yang masih hidup – kematian adalah satu ketetapan yang akan dihadapi oleh semua orang.

Rasulullah SAW berpesan bahawa hanya tiga perkara yang mampu dibawa selepas seseorang itu meninggal dunia – sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat serta anak-anak yang soleh.

Maka antara ketiga-tiga perkara ini, yang mana yang telah kita cukupkan untuk bekalan akhirat.

Ayuh kita ambil masa untuk fikirkan.

Exit mobile version