Assalamulaikum warga hebat Tzkrh sekalian!
Berapa hari lagi nak beraya? Tiga hari?
Baju raya tak ada lagi, duit raya belum siapkan, biskut raya pon tak sempat buat.
Jangan cemas, tenang. Tahun ini kita perlu mematuhi peraturan kawalan pergerakan dan sambutlah raya seadanya.
Sekalipun tak dapat balik beraya, tak ada lemang, tak dapat berkunjung ke rumah saudara-mara – itu bukan tanda raya sudah cancelled!
Bukan persalinan baru, bukan balik kampung, bukan duit raya yang menentukan kita raya atau tidak.
Fahamilah bahawa makna raya sebenar adalah kita menyambut kemenangan di 1 Syawal kerana telah berjaya menyempurnakan kewajipan di bulan Ramadan, berjaya menambah amal ibadah serta berjaya mendidik nafsu.
Syawal belum lagi tiba, jadi jangan hilang fokus! Teruslah memaknakan hari-hari terakhir Ramadan sebaik-baiknya.
Semoga latihan dan usaha gigih yang telah kita lakukan di bulan ini mampu memberi impak perubahan yang berterusan. InsyaAllah.

