Assalamualaikum, apa khabar warga Skim Ramadan Berimpak Maksima sekalian!
Masih tinggal beberapa hari lagi sebelum Syawal menjelma. Adakah kita sedang bertungkus lumus mempertingkatkan kualiti amal?
Harapnya semangat kita untuk memaknakan hari-hari terakhir Ramadan masih tinggi.
Namun, jangan kita menganggap seolah-olah iman kita hanya setahun sekali.
Kesungguhan perlu terus dilakukan hingga ke bulan-bulan seterusnya. Disebabkan itu, kita sangat dianjurkan pula untuk berpuasa enam di bulan Syawal, agar momentum beribadah kita berterusan.
Jadikan Ramadan sebagai bulan ‘training’ untuk menghidupkan ‘habit’ beribadah.
Penuhi malam-malam akhir kita juga dengan doa supaya Allah sentiasa menjaga dan memelihara iman kita, bukan hanya di bulan puasa ini, malah pada bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang. Amin.

