Berita

Dr Luqman Dilantik Mufti Wilayah Persekutuan Yang Baru

Oleh Fizah Lee  •  16 May 2020  •  2 min baca

Jawatan Mufti Wilayah Persekutuan yang kosong sejak 9 Mac lalu selepas Datuk Dr. Zulkifli dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kini sudah diisi.

Pelantikan Dr. Luqman Abdullah, seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri.

Pengumuman itu dizahirkan bersama rasa syukur dan tahniah melalui akaun rasmi media sosial beliau kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang ke-8 itu yang mula berkuat kuasa mulai 15 Mei 2020 sehingga 14 Mei 2020.

“Alhamdulillah, pada pagi ini selepas mesyuarat MKN, saya menerima kunjungan Sahibus Samahah Dr. Luqman bin Tuan Guru Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 yang baharu dilantik. Majlis serah tugas berlangsung dalam suasana yang ringkas dan mahabbah.

6 tahun memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, memberi saya pengalaman baharu yang amat bermakna. Saya mohon maaf kepada semua umat Islam di WP dan Malaysia amnya sekiranya terdapat tutur kata, tindakan mahupun apa jua salah dan silap sepanjang 6 tahun sebelum ini.

Saya berdoa kepada Allah semoga dikurniakan kekuatan kepada S.S. Mufti Wilayah Persekutuan agar dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin. Saya amat yakin, S.S. Dr. Luqman mampu untuk memimpin institusi fatwa di WP yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di WP.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Sahibus Samahah Sr. Sirru ‘ala barakatillah.”

Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau yang merupakan anak kelahiran Kelantan serta anak kepada ulama terkenal, iaitu Allayarham Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman yang juga merupakan Pengerusi Madrasah Ar-Rahmaniah Pondok Lubok Tapah.

Selain pernah melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) di Universiti Edinburgh dalam bidang undang-undang harta Islam, beliau juga telah mendapat bimbingan pendidikan agama secara langsung menerusi Allayarham bapanya.

Sumber:
Datuk Dr. Seri Zulkifli


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami