Site icon Tazkirah

#22 – Berniaga Bersama Allah

Meniaga Bersama Allah

Sungguh pantas masa berlalu, tinggal seminggu lagi kita akan tiba ke penghujung Ramadan.

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan, keadaan kini mula dirasakan kembali normal sedikit. Sudah ada para peniaga yang dapat menjalankan operasi perniagaan bagi menambahkan pendapatan.

Walau bagaimanapun, harus kita ingat prioriti pada masa sekarang – iaitu meningkatkan amalan sepanjang hari-hari terakhir Ramadan.

Berkait dengan topik pada malam ini iaitu ‘Berniaga Bersama Allah’, Tzkrh ingin menyentuh serba sedikit tentang bagaimana perniagaan boleh menjadi satu bentuk ibadah.

Setiap amalan yang dilakukan yang diniatkan kerana Allah, contohnya jujur, amanah ketika berniaga, tidak menipu pelanggan, tidak menindas serta berusaha menyediakan servis terbaik – inilah semua pelaburan yang dapat menukar penat lelah berniaga kepada ibadah dan pahala.

Mencari rezeki yang halal adalah salah satu cabang ibadah. Justeru, ambil lah peluang merebut ganjaran pahala daripada pekerjaan ini.

Jom berniaga bersama Allah!

Exit mobile version