Site icon Tazkirah

#20 – Hidup Itu Ibadah

Hidup Itu Ibadah

Alhamdulillah kita dapat terus berjumpa dari sehari ke sehari.

Diharapkan semua pelabur Skim Ramadan Berimpak Maksima masih teguh memasang azam bagi memaknakan 10 malam terakhir Ramadan.

Semalam kita telah menyambut Hari Jururawat Sedunia. Terima kasih diucapkan kepada para pejuang barisan hadapan ini kerana tetap gigih memberikan khidmat dan menjadi pelindung kepada masyarakat berperang melawan Covid-19.

Sememangnya diakui bahawa tidak semua antara kita yang direzekikan untuk duduk diam melakukan ibadah. Ada antara kita yang terpaksa keluar untuk memberi khidmat kepada masyarakat, serta perlu bekerja lebih masa lantas merasakan sudah tidak cukup masa untuk melakukan ibadah.

Maka fahamilah bahawa usaha kita sehari-hari untuk keluar mencari rezeki yang halal itu juga dinilai sebagai ibadah, apatah lagi usaha besar demi menyelamatkan nyawa dan keselamatan orang ramai. Ketahuilah bahawa hal itu juga merupakan salah satu bentuk jihad.

Buat anda yang dikurniakan kelapangan masa, maknakanlah ia dengan sebaik mungkin. Buat anda yang perlu mengorbankan masa rehat untuk berkhidmat kepada orang lain, usah hilang semangat kerana hal itu juga dipandang mulia oleh Allah dan sudah pasti diganjari dengan sebaik-baik balasan, InsyaAllah.

Exit mobile version