Site icon Tazkirah

Umat Islam Boleh Solat Di Masjid Setelah SOP Dimuktamadkan Dan Diperkenankan

Masjid akan dibuka semula setelah SOP pelaksanaan aktiviti di masjid dimuktamadkan serta dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja untuk diperkenankan.

Demikian berita baik yang diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri sebentar tadi.

Seperti yang kita ketahui, isu pelaksanaan ibadah di masjid menjadi bualan ramai apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diumumkan dan beberapa sektor ekonomi dibuka. Ramai yang berpendapat rumah-rumah ibadat juga harus dibuka jika ada penyediaan SOP yang bagus dan teratur.

Justeru, seperti yang kita ketahui, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang memperhalusi tatacara atau SOP yang boleh diamalkan oleh para jemaah yang mengunjungi masjid.

Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, Perdana Menteri juga percaya bahawa masjid-masjid di kawasan hijau telah bersedia untuk dibuka kepada orang ramai.

Umat Islam di Malaysia perlu menunggu sedikit masa lagi sehingga kelulusan SOP ini diumumkan.

Exit mobile version