Pernahkah anda mendengar mengenai doa yang Jibril AS doakan kepada umat Muhammad tatkala menjelangnya Ramadan?
Diriwayatkan bahawa doa ini diaminkan oleh Baginda SAW ketika sedang melangkah menaiki mimbar sebelum menjelangnya Ramadan.
Para sahabat mendengar Baginda SAW menyebut ‘amiin’ sebanyak tiga kali. Kemudian, mereka bertanya kepada Baginda SAW.
Maksud: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril AS) telah berdoa – “Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad Jika sebelum masuk waktu Ramadan dia tidak melakukan 3 perkara ini dan aku amiinkan ketiga-tiganya;
1. Tidak meminta maaf kepada orang tuanya.
2. Tidak bermaafan dengan sahabatnya.
3. Tidak bermaafan dengan orang sekitarnya.
Jadi, apakah status doa Jibril ini? Menurut jumhur ulama, hadis ini dinukilkan palsu. Memang ada diriwayatkan bahawa Baginda SAW pernah mengaminkan doa Jibril AS, namun isi doanya bukan seperti yang sering kita dengar di atas.
Bahkan, menurut riwayat jumhur ulama, hadis ini tidak menyebutkan waktu yang tepat bila ia berlaku dan diaminkan oleh Baginda SAW sama ada menjelang Ramadan atau pada bulan-bulan lain.
Bukan itu sahaja, hadis ini sebenarnya masyhur bukan sahaja pada bulan Ramadan, namun juga pada bulan-bulan lain. Ia sering tular apabila masuknya bulan-bulan tertentu terutamanya Syaaban dan Ramadan.
Hadis yang sahihnya adalah;
Maksud: “Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amiin, Amiin, Amiin (sebanyak tiga kali).” Baginda SAW kemudian ditanya: “Wahai Rasulullah, apa yang engkau aminkan?” Maka, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia berkata: “Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripadanya rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Amiin.’ Maka aku katakan ‘amiin.’
Dan barangsiapa yang sempat dengan kedua orang tuanya, tetapi tidak berlaku baik kepada mereka. Kemudian dia meninggal, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah wahai Muhammad, ‘amiin’. Maka aku katakan ‘amiin.’
Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhamamd), ‘amiin.’ Maka, aku katakan ‘amiin.’
Hadis ini diriwayatkan sahih di dalam al-Targhib wa al-Tarhib dan dinilai hasan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Al-Qaulul Badi’.
Justeru, dapat kita faham bahawa riwayat yang mengatakan Baginda SAW mengaminkan doa Jibril itu adalah benar.
Namun, isi doanya yang perlu diambil perhatian kerana doa yang tular seperti yang dinyatakan di atas adalah palsu. Sebaliknya yang sahih adalah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA.
Wallahu a’alam.
Sumber:
Mufti Wilayah
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.