Salam Ramadan Berimpak Maksima wahai pengunjung Tzkrh semua. Kita sudah memasuki hari ke-11 Ramadan dan semakin mendekati pertengahan Ramadan.
Adakah anda menepati target atau tidak setakat ini? Apa pun semoga Allah mengganjari pahala yang berganda-ganda atas usaha anda semua.
Selain daripada solat tarawih dan juga membaca Al Quran, amalan iktikaf di masjid juga merupakan amalan yang dianjurkan pada bulan Ramadan terutama 10 malam terakhir.
Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan tidak mengizinkan kita berkunjung ke masjid pada kali ini, apa kata kita mengambil semangat untuk beriktikaf di rumah.
Alternatifnya adalah dengan melakukan uzlah atau mengasingkan diri pada satu-satu masa untuk fokus beribadah kepada Allah. Kita boleh mewujudkan ruang khas untuk beruzlah di rumah sahaja.
Amalan ini bukan suatu yang asing kerana para Nabi serta para salafus soleh terdahulu juga sering melakukan uzlah dengan mengasingkan diri daripada keramaian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Hidupkan lah kembali amalan yang semakin dilupakan ini. Semoga semangat kita dalam memaknakan Ramadan ini berpanjangan hendaknya.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.