“Ramadan Menyuci Jiwa”
Itulah tema kempen yang diangkat oleh TV AlHijrah bagi meraikan Ramadan yang tiba kali ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris, tema ini membawa maksud yang jelas iaitu mengajak penonton membudayakan penghayatan ibadah berpuasa menerusi sunnah Baginda Rasulullah SAW seperti besederhana dalam setiap perbuatan, mengelakkan pembaziran, melipatgandakan ibadah dan banyak lagi.
Pesan beliau, tempoh Ramadan yang dilalui dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan ini harus dijadikan peluang terbaik untuk refleksi diri, mendidik nurani dan melatih empati diri seterusnya menjadikan kita lebih peka dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan dan terkesan dengan ujian wabak COVID-19 ini.
Bahkan, ujian ini tidak seharusnya menjadi sebab serta halangan untuk tidak menghargai Ramadan. Umat Islam semua tetap perlu bersemangat mengejar markah penuh pahala di bulan mulia ini.
Justeru, bagi terus menyuburkan semangat dan juga iltizam untuk terus memaknakan Ramadan, TV AlHijrah telah menyajikan 12 rancangan baru buat penonton di rumah. Antara program-program tersebut seperti:
#1- QuranTime
#2- Ihya’ Ramadan
#3- Tazkirah Jumaat
#4- Tausiyah Ustazah Asma
#5- Munajat
#6- Kembara Sufi Jejak Bumi Anbiya
#7- Assalamualaikum Istimewa Ramadan
#8- Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki
#9- Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah
#10- Tadarus 30 Juzuk
Siaran Live Facebook
#11- E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat
#12- Ngaji On The Go
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.