Inspirasi

#CelikRamadan – Malaikat Akan Berselawat Selama 1 Bulan Kepada Pemberi Hidangan Berbuka?

Oleh Natirah Azira  •  29 Apr 2020  •  2 min baca

Ramadan adalah bulan yang akan ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Ada yang menunggunya kerana Ramadan menjanjikan habuan rezeki yang melimpah daripada perniagaan di bazar Ramadan. Ada yang menunggunya kerana tempahan baju raya akan meningkat dan menjanjikan keuntungan yang lumayan.

Namun, yang lebih beruntung adalah bagi yang turut mengetahui tentang ganjaran berlipat kali ganda yang akan masuk ke dalam akaun pahala pada bulan ini. Ada yang merebutnya dengan cara bersedekah, solat malam, membaca Al-Quran dan ada juga yang memilih untuk memberi hidangan berbuka kepada orang yang berpuasa.

Sehinggakan ada hadis yang berlegar menyebutkan tentang ganjaran bahawa malaikat akan berselawat selama sebulan kepada orang yang memberi hidangan berbuka puasa.

من فطر صائما على طعام وشراب من حلال صلت عليه الملائكة في ساعات شهر رمضان وصلى عليه جبرائيل ليلة القدر

“Barangsiapa memberi hidangan berbuka puasa dengan makanan dan minuman yang halal, para malaikat berselawat kepadanya selama bulan Ramadan dan Jibril berselawat kepadanya di malam lailatul qadar.”

Walau bagaimanapun hadis ini telah didhaifkan oleh Ibnul Jauzi dalam Kitab Al-Maudhuat dan Al-Albani dalam Kitab Dhaif At-Targhib.

Sungguhpun hadis di atas adalah dhaif namun ada hadis lain yang menyebutkan tentang keistimewaan bagi orang yang bermurah hati memberikan makanan kepada orang berpuasa.

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Siapa saja yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi, no.807 – Status Hadis Hasan Sahih)

Pemurahnya Allah sehingga tidak menjadi masalah bagiNya untuk terus memberi ganjaran pahala yang sama kepada si pemberi, bahkan tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang menerima. Ia umpama proses ‘duplicate’ pahala!

Jadi, usah lepaskan ganjaran ini yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Sedekah adalah pelaburan pahala yang keuntungannya akan anda terima di akhirat kelak.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami