“Kenapa tak rasa ‘zuq’ beribadah?”
Mungkin soalan ini juga pernah menjengah diri kita sendiri.
Ibadah yang dilakukan rasa tidak sampai kepada Allah, tidak rasa benar-benar bermakna. Segalanya terasa biasa sahaja.
Dan hal ini akhirnya menimbulkan ‘kemurungan’ dalam ibadah – semakin hari diri semakin hilang semangat dan kekuatan untuk beribadah.
Bagi membendung hal ini, penting sebenarnya untuk kita kembali kepada tunjang utama kita sebagai seorang Muslim iaitu – keimanan kepada Allah.
Hamba yang beriman meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui letak duduk hatinya dan Maha Mengabulkan doa hamba-hambaNya lebih-lebih lagi pada bulan mulia ini, bulan Ramadan.
Jadi, perbanyakkanlah doa kepada Allah supaya diberikan hati yang istiqamah untuk terus beribadah serta cenderung untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah diterima setiap hari.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.